Setelah Memotong Rambut, Ini Yang Wanita Islam Perlu Buat.

 

Sebagai orang wanita Islam, rambut itu adalah salah satu aurat yang perlu dijaga dari pandangan mata seorang mahramnya.

Sangat beruntung jika ada seseorang yang boleh tolong memotong rambut kita di rumah tanpa perlu pergi ke kedai gunting rambut. Akan tetapi bagaimana kalau kita memotong rambut di kedai?



Sudah tentu segala rambut yang telah dipotong itu akan dibiarkan dan menyerahkannya kepada tukang potong rambut itu bukan?

Menurut Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis buku, rambut yang telah dipotong sebaiknya ditanam. Mari sama-sama kita fahami penjelasannya.

Rambut ialah aurat bagi wanita dan ia perlu memeliharanya daripada dilihat oleh mereka yang bukan mahram.

Sepertimana orang lain, golongan wanita juga akan memotong rambut mereka.

Namun, bagaimanakah cara yang sesuai dan terbaik untuk membuang atau melupuskan rambut yang telah dipotong supaya aurat wanita itu tidak dilihat oleh sesiapa pun?

Benar, rambut ialah bahagian yang wajib ditutup oleh wanita supaya tidak didedahkan kepada selain mahramnya.
Justeru, ia wajib dijaga oleh setiap Muslimah kerana ia merupakan kewajipan.

Asal hukum memotong rambut bagi wanita adalah diharuskan syarak, tetapi mestilah tidak menyerupai lelaki, meniru orang-orang kafir dan selainnya.

Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim yang mana Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW pernah memotong rambut mereka.

Para ulama berbeza pandangan dan pendapat berkenaan hukum rambut wanita yang telah dipotong sama ada ia dikira sebagai aurat atau tidak.

Mazhab Syafie menyatakan, ia ialah aurat dan wajib dipelihara daripada pandangan bukan mahram. Sementara itu, Mazhab Hanbali tidak menganggapnya sebagai aurat kerana ia perkara yang sukar dielakkan seperti rambut, bulu dan selainnya.

Adapun, cara menguruskannya yang paling terbaik adalah dengan menanamnya dan ia termasuklah kuku dan bulu-bulu seperti pandangan Imam al-Khatib al-Syirbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj dalam Mazhab Syafie.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,010 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen