Setiap Kata Yang Keluar Dari Mulut Isteri Ini, Cuma Nak Buat Suami Tahu Keadaan Dan Menghargai Dirinya. Itu Dah Cukup Buat Dia Bahagia.

 

Bila isteri mula buka mulut, ramai suami-suami yang mahu keluar rumah, nak pekakkan telinga malah buat tak tahu apa yang isteri katakan. Tak hanya itu sahaja, kadang isteri baru je buka mulut, tapi suami-suami mula cakap isteri kuat mengungkit dan kuat membebel.

Tapi bila isteri diam, dia katanya pula isteri tak nak layan dirinya malah tak ikhlas dalam menjaga rumahtangganya. Itu yang selalu bermain difikiran suami-suami seklian. Sedikit pun tak penah cuba nak selami isi hati isteri kita.



Setiap bebelan, kata-kata yang keluar dari mulutnya itu bukan kerana mereka ini benci atau rimas dengan anda, akan tetapi mereka ini hanya ingin anda tahu keadaan dirinya serta perasaannya.

Seperti yang dijelaskan oleh Firdaus Shakirin, isteri-isteri cuma nak suami tahu je bukan nak suruh buat apa-apa.

Isteri cuma nak kita tahu yang...

Bila dia kata penat, dia bukan tak larat, bukan tak ada tenaga, bukan merungut tapi 'penat' yang dikatakan itu adalah sebagai isyarat untuk memohon bantuan dan pertolongan daripada suaminya...nak suaminya ringankan bebanan dia atau tolong dia apa yang patut...



Isteri cuma nak kita tahu yang...

Bila dia mengadu perihal adik beradik kita, mak kita, apa yang diorang kata kat dia atau buat kat dia, dia bukan nak kita marah adik beradik kita, marah mak kita sendiri...tapi dia nak kita faham, kalau dia taknak duduk lama dirumah mertuanya itu kenapa...kalau dia kurang berbicara dalam group keluarga itu kenapa...kalau dia kurang mesra dengan keluarga kita itu kenapa...dia nak kita faham yang dia dah cuba buat mcm yang kita nak, tapi diorang masih menganggap dia sebagai orang luar...orang asing...

Isteri cuma nak kita tahu yang...

Bila dia mengungkit setiap duit yang dia keluarkan, setiap pertolongan yang dia hulurkan, itu bukan bermakna dia tak ikhlas buat semua tu...dia sekadar nak mengingatkan bahawa pertolongannya itu bukanlah satu tanggungjawab...jangan menyalahgunakan pertolongan itu untuk kepentingan diri dan jangan terlalu selesa bila ditolong...



Isteri cuma nak kita tahu yang...

Bila dia tegur kita, bila dia marah kita, bila dia nasihat kita dan bila dia berleter kepada kita, itu bukanlah tandanya yang kita ni jahat sangat, teruk sangat, buruk sangat...tapi dia nak kita perbaiki diri kita, perangai kita sebab dia tahu, kita mampu jadi lebih baik daripada apa yang kita jadi sekarang ni...dia masih berharap kepada kita dan harapannya agar kita berubah ke arah yang lebih baik sebagai seorang suami dan juga ayah...

Itu ja yang isteri nak kita tahu sebab musabab disebalik setiap apa yang dia lakukan, tindakan yang dia ambil dan keputusan yang dia buat...

Itu ja...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen