Jangan Ucapkan Hal Ini Kepada Teman Yang Baru Putus Cinta.

 

Ketika putus cinta, orang yang paling riang pun boleh menjadi muram. Yang peramah juga akan jadi sangat pendiam dan mereka yang ekstovert kebiasaannya juga boleh berubah perwatakan. Putus cinta sememangnya boleh mengubah seseorang.

Perasaan mereka pun biasanya masih sangat sensitif, lebih-lebih lagi jika kata putus datangnya dari satu pihak. Sebagai teman yang baik, alangkah baiknya jika anda mampu untuk menjaga perasaan teman yang masih berduka kerana patah hati. Lantas, apakah yang tidak seharusnya diucapkan kepada mereka yang baru saja mengalami putus cinta?

Berikut adalah empat di antara perkara yang tidak harus anda ucapkan kepadanya:

1. “Seharusnya kamu sudah tahu hal ini akan terjadi”.

Memberi pernyataan bahawa seharusnya dia tak terkejut dengan keputusan itu adalah hal yang sangat tidak sensitif. Bagi seorang yang baru sahaja ditinggalkan kekasih, kalimat itu mungkin membuatnya semakin bersalah dan malu atas perpisahan itu.



2. “Aku tahu perasaanmu”.

Mungkin anda rasakan kalimat adalah yang paling selamat untuk menjadikan dia berasa lebih baik. Namun dalam situasi ini, setiap wanita akan berfikir jika ia adalah gadis yang paling malang dan hanya akan memikirkan perasaannya sendiri.

3. “Kamu akan menemukan yang lebih baik”.

Teman anda mungkin bakal bertemu dengan lelaki yang lebih baik, namun ini bukanlah waktu yang sesuai untuk memperkenalkan dia dengan orang baru. Kerana teman baru putus cinta, dia mengharapkan anda sebagai seorang pendengar yang baik.

4. “Ia adalah orang yang teruk”.

Menunjukkan kebencian kerap dilakukan oleh para wanita untuk menenangkan sahabat yang sedang bersedih. Namun ia bukanlah hal yang bijaksana untuk mengatakan jika bekas kekasihnya itu adalah orang yang teruk.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,035 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen