Para Ibu Bapa Perlu Tahu, Tidak Semua Makanan Akan Memberi Kesan Yang Baik Pada Anak.

 

Sebagai ibu bapa, untuk memberi makanan yang sihat pada anak-anak sudah tentu menjadi keutamaan dalam tumbesaran mereka. Namun, pada masa kini ramai para ibu bapa tidak menjadi hati-hati, terutamanya dari aspek diet pemakanan anak-anak. Sudah sedia maklum, banyak sahaja makanan atau minuman yang menjadi viral akibat untuk tahu kesahihan halalnya.

Bukan sahaja halal yang menjadi kerisauan, tetapi kandungan dalam makanan/minuman tersebut mampu memberi kesan buruk pada anak-anak dari segi kesihatan juga.

Berikut adalah perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi ini…

********

Related image

Kesan Makanan Terhadap Anak.

Kajian terkini dari University of Central Florida mendapati terdapat hubungkait antara pemakanan ibu dengan anak autism. Kewujudan Propionic Acid (PPA) dalam makanan yang diproses (processed foods) memberikan kesan negatif terhadap anak. Benar, tiada satu petanda yang jelas dalam isu autism ini, namun pemakanan ibu adalah perkara yang mesti diberi perhatian.

Dalam Islam, isu pemakanan juga sangat ditekankan. Allah mendidik Muslim supaya mengambil pemakanan yang halal dan baik (tayyiba). Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah makanan yang baik daripada apa yang telah kami rezekikan kepadamu.”

Malah makanan yang baik boleh memberikan kesan kepada anak. Bapa kepada al-Imam al-Bukhari dikatakan sangat menjaga makanan beliau. Ketika hampir meninggal, beliau diriwayatkan sebagai berkata:

“Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Hady al-Sari, Ibn Hajar)

Kata-kata bapa kepada al-Imam al-Bukhari ini didengari oleh Ahmad ibn Hafs lalu beliau berkata di dalam hati beliau:

“Ayah yang baik (dari segenap aspek) akan memberikan manfaat buat anak-anaknya.”

Maka tidak hairanlah kita lihat kehebatan al-Imam al-Bukhari, hasil dari didikan rapi oleh ayahnya.

Begitu juga dengan al-Imam al-Ghazali. Beliau berpesan bahawa sekiranya kita inginkan anak yang soleh, maka aspek pemakanan yang halal dan baik mestilah dijaga dari awal.

al-Imam al-Ghazali turut menukilkan pandangan dari al-Imam Ahmad yang menyatakan bahawa isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah.

Kata al-Imam Ahmad:

Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh.

Firman Allah:

“Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)

Malah menurut riwayat al-Bukhari, Rasulullah dikatakan pernah mengeluarkan makanan dari mulut cucu Baginda al-Hasan atas dasar sangat menjaga makanan yang diberikan kepada anak dan cucu Baginda.

Semoga Allah membimbing kita semua.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen