Gemuk Lepas Kahwin? Hati-Hati! Takut Ada Tanda-Tanda Obesiti.

 

Fizikal berubah menjadi lebih berisi selepas berkahwin seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita. Sebut sahaja tentang perkahwinan, kebahagiaan seolah-olah dikur dari fizikal tubuh badan.

‘Badan Gemuk Tanda Bahagia…’

Tapi tidak pula cakna tentang kesihatan tubuh badan.

‘Badan gemuk, sihat ke?’

Hati-hati kalau badan berubah secara drastik selepas berkahwin, kerana takut ia bukan tanda bahagia, ia tanda anda menghidap penyakit obesiti seperti perkongsian dari Dr Rusyaini

********

kurang bersenam

Ala doktor, dah kahwin, mestilah gemuk. Tanda suami pandai jaga. Bahagia lah katakan.

Tu kata seorang pesakit saya. Umurnya baru 23 tahun. BMI dah 33.

Bayangkan saya yang dah umur 41 ni, dah 15 tahun jadi isteri, bila dengar dia cakap macam tu, aduh, tepuk dahi saya jadinya.

Kalau lelaki pun sama. Tulah alasan mereka. Isteri merajuk kalau mereka makan sikit. Isteri masak beria, kang kalau tak sentuh makanan tu, masam mencuka la kan. Siap cakap, isteri masak sedap, kenalah makan habis.

Masalahnya suami tu askar. Kalau BMI dah melebihi 26, nak meningkat pangkat pun tak boleh. Kang nak menyambung khidmat pun tak lepas. Dek tangan isteri, hilang punca pendapatan keluarga.

Hampir setiap minggu saya dok ungkit bab obesiti ni. Kadang kala berkali-kali. Sebab apa? Sebab saya risau sangat. Hari-hari mesti ada pesakit obes atau gemuk di klinik. Tu belum kira yang kita jumpa berselisih dengan kita di mana-mana. Apa nak jadi dengan masyarakat kita ni? Kita sebenarnya menempah malapetaka.

Sedar atau tidak, obesiti itu risiko penyakit yang kita tidak boleh pandang ringan atau cuba buat buta mata.

Image may contain: one or more people

Risiko Penyakit Bila Obes:

1. Kadar kematian secara keseluruhannya yang disebabkan penyakit berkaitan obesiti lebih tinggi.

2. Kardiovascular iaitu serangan sakit jantung. Salur darah yang membekalkan nutrien dan oksigen pada jantung boleh tersumbat. Malah kalau pesakit itu buncit abdomennya, maka lagi tinggi risiko nak kena sakit jantung.

Ukur lilit pinggang melebihi 85cm untuk lelaki, dan 80cm untuk wanita tu dah kira central obesity.

3. Adik beradik kencing manis akan singgah. Sekiranya pesakit mempunyai Glucose Intolerance, sama ada Impaired Glucose Tolerance (IGT), Impaired Fasting Glycaemia (IFT) atau Diabetes Mellitus, ini memang masalah besar sebab mereka boleh terjunam ke lembah Metabolic Syndrome.

4. Batu dalam pundi hempedu disebabkan kadar kolestrol yang tinggi. Kan tak pasal-pasal kena menjalani prosedur pembedahan pula.

5. Hati dipenuhi lemak akibat mendapan lipid jenis Triglycerides. Fungsi hati boleh jadi kucar kacir.

6. Susah nak bernafas kerana kapasiti paru-paru berkurang akibat tekanan abdomen pada diafram lagi kuat kalau obes.

7. Sleep apnoea. Bila pesakit tidur, tetiba dia terbangun sebab nafas macam terputus. Bila obes, ukur lilit leher bertambah dan juga lemak terkumpul di kawasan tekak. Ni akan mengecilkan ruang untuk udara masuk ke saluran pernafasan.

8. Bukan setakat serangan sakit jantung kalau obes. Jantung juga boleh mengalami keabnormalan dari segi anatominya, yang seterusnya mengancam fungsi asas jantung untuk membekalkan darah ke seluruh badan.

9. Untuk wanita, obesiti sering dikaitkan dengan ketidaksuburan.

10. Lelaki obes selalunya akan mengalami kadar hormon testoterone yang rendah dan ini menjejaskan fungsi kelelakian mereka.

11. Semua orang takut dengar perkataan barah. Tapi berapa ramai yang sedar kanser usus besar, payudara, prostat, hati atau pundi hempedu berkaitrapat dengan obesiti.

Tengok sendiri semua senarai yang saya tuliskan apa yang boleh terjadi kalau obes. Baca dan hadam. Tu pun saya belum tulis bab sakit sendi atau sakit tulang belakang yang terpaksa menampung berat badan yang begitu tinggi.

Belum lagi saya kupas tentang bebanan emosi yang ditanggung oleh mereka. Bila dah berpenyakit, poket pun boleh merana. Walaupun rawatan di hospital kerajaan sangat murah tapi kos pergi balik, tidak dapat bekerja kerana berpenyakit dan sebagainya tak boleh dipandang remeh.

Kesimpulannya, obesiti ini mesti diperangi bersama. Tidak ada jalan singkat dan pintas untuk mendapat berat badan ideal. Pesakit sendiri mesti punya kesedaran.

Sekali lagi, ini bukan tentang cantik atau tidak. Ini tentang kualiti hidup yang kita mahukan untuk diri kita. Sekali lagi mati itu hak Allah dan kita tak tahu bila masa kita tu akan tiba. Tapi mahukah kita hidup dalam segala kekangan akibat nafsu yang kita sendiri gagal mengawalnya?

********

Semoga Bermanfaat!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,907 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen