Setia Itu Tidak Boleh Diukur, Tapi Ia Datang Dengan Tahap Kematangan Dan Keikhlasan Seseorang.

 

Bila bercinta, bila berkahwin ini sudah tentu kita inginkan pasangan yang setia dengan kita sehingga akhir hayat. Yelah, kalau bercinta itu dia setia lah dengan kita sampai ke jinjnag pelamin, manakala yang dah kahwin pula setia hingga ke akhir hayat. Betul tak?

Nak cakap dirinya setia itu memang mudah, tetapi nak jadi seorang yang setia itu agak payah. Tapi itu bukan bermakna tak ada lelaki atau perempuan yang setia.



Masa bercinta mungkin dia setia, tetapi bila sudah berkahwin boleh jadi dirinya berlaku curang pula. Haa, kita tak tahu apa yang akan berlaku bukan?

Tetapi apa yang pasti bila pasangan kita tidak setia dengan kita sudah tentu ia akan melukakan hati. Apa-apa pun, jangan risau masih ada lagi lelaki dan perempuan yang setia di dunia ini. Macam mana nak tahu si dia itu setia? Mari sama-sama kita ikuti perkongsian daripada Ariff Ismail ini.



Wujud lagi ke lelaki atau wanita yang setia zaman ini? Cuba kita lihat bagaimana kesetiaan ibu bapa kita sehingga kini. Setia? Bagaimana kita nak nilai kesetian seseorang?

Setia hanya pada yang satu, ungkapan yang sering di dengar pada pasangan yang bercinta. Namun apakah itu setia?

Terlalu banyak persoalan berkenaan kesetian ni brother, jangan cakap kau setia selagi ada niat dalam hati bila perempuan cantik lalu kau kenyit mata.

Seseorang wanita mengharap seorang lelaki yang setia. Namun, kesetian ni tak datang dengan mudah, biarlah dah kenal bertahun sama sekali belum tentu boleh diukur tahap kesetiaan.



Setia bukan hanya ungkapan namun kena lahir dari hati. Kesetiaan sering kali di uji, hidup kat dunia ni brother, mana boleh lari dari ujian. Memang Allah akan sentiasa menguji kita.

Menjawab persoalan, masih adakah lelaki yang setia pada zaman ini? Tentu lah ada wahai cik adik sekalian. Mana kan mungkin hilang lelaki yang setia dimuka bumi ini.

Setia ni bukan sesuatu yang boleh diukur, ia datang dengan tahap kematangan hubungan dan keikhlasan seseorang. Jika kita mencintai seseorang kerana Allah, inshaAllah dia adalah orang yang setia untuk kita.

Setia ni bukan hanya untuk pasangan bercinta sahaja, sama juga dengan berkawan,bersahabat atau berniaga. Masa kita jatuh lah kita dapat lihat dan nilai setia seseorang.

Jika dia masih ada di saat kita dibawah dan sentiasa ada di saat kita di atas, pegang lah tangan dia, itulah seseorang yang setia bersama kita di saat susah dan senang.

Begitu juga dalam hubungan percintaan, kesetiaan pasangan ni kita tak boleh nak nilai dengan kata kata, tapi boleh dinilai dengan perbuatan.

Seorang anak yang setia pada ibu bapa, tidak akan lupa tanggungjawab kepada mereka. Sentiasa ada masa bersama mereka.

Setia seorang isteri pada suami, sanggup bersusah senang bersama sama. Setia suami kepada isteri sentiasa menjaga perasaan dan ada di saat suka duka sang isteri.



Setia seorang kawan kepada sahabat, sentiasa memimpin tangan sahabat ke arah kebaikan. Setia murid pada guru, sentiasa menyampaikan ilmu yang di ajar dan digunakan untuk kebaikan.

Nilai kesetiaan bukan boleh ditunjuk dengan harta benda, tapi boleh dilihat dengan mata hati. Setia tidak dapat dibeli namun ia boleh disemai dari hati.

Belajar menghargai apa yang kita ada akan mendidik hati untuk sentiasa setia. Redha dengan takdir Allah akan mengajar diri untuk setia.

Kepada para suami yang setia, hargai pengorbanan isteri anda. Pada wanita yang setia, jadilah tulang belakang kekuatan suami anda. Buat anak yang setia, teruskan berbakti kepada ibu bapa anda.

Untuk murid yang setia, terbanglah tinggi bangga kan guru anda. Pada sahabat yang setia, teruskan mencari syurga bersama sahabat anda.

Kesetiaan kunci kebahagian.

Salam Jumaat
-Ariff Ismail-

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,842 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen