6 Perkara Yang Sering Menjadi Kebimbangan Para Wanita Ketika Bercinta, Yang Lelaki Perlu Tahu.

 

Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari rasa terlalu bimbang, risau dan rasa seperti tidak selamat. Terutamanya ketika adanya perasaan untuk rasa disayangi dan dicintai, rasa bimbang itu sentiasa berada di benak hati.

Perasaan ini pasti membelenggu setiap pasangan yang sedang hangat bercinta kerana mahukan perhatian semata-mata. Ia sudah menjadi kebiasaan untuk mereka rasakan bimbang terhadap pasangan, atau pada diri sendiri. Perasaan sebegini sudah tentu dikuasi oleh ramai kaum wanita, kerana mereka mudah terpengaruh dengan emosi.

Jadi, Bagi Lelaki Yang Sedang Hangat Bercinta Perlu Tahu 5 Perkara Ini Yang Sentiasa Menjadi Kebimbangan Bagi Kaum Wanita…

1. Bimbang dirinya tidak cantik bagi pandangan si dia.

Secara tipikal, memang ini semua perasaan kaum wanita. Mereka bimbang sekiranya penampilan dirinya tidak lagi memikat hati si lelaki. Ini kerana kita semua tahu, lelaki memang mudah terpikat dengan wanita yang cantik, atau mungkin lebih cantik dari pasangan sendiri. Apatah lagi sekiranya fizikal dirinya tidak lagi seperti dahulu.

Ini terjadi kerana mindset kita yang sukar untuk diubah. Kalau perempuan mesti nak kena cantik bila nak pikat lelaki. Lelaki pula muka tak kacak tak apa, asalkan banyak duit.

2. Bimbang dirinya tidak mampu menggembirakan hati si dia.

Di samping itu, ramai wanita bimbang jika dirinya tidak mampu untuk menggembirakan hati lelaki tersebut. Sudah sedia maklum, sekiranya lelaki tersebut bukan lah seorang romantik, sekurang-kurangnya lelaki itu adalah seorang yang mampu membuat lawak untuk menghiburkan hati kekasihnya.

Tapi, tak semua perempuan tahu buat lawak untuk menghiburkan hati kekasihnya. Nanti kena marah balik pula.

3. Bimbang dirinya tidak layak dijadikan sebagai isteri mahupun ibu untuk anak-anak si dia.

Kita semua serba kekurangan dan banyak kelemahan. Jika hubungan sudah serius untuk ke jinjang pelamin, sudah tentu majoriti kaum wanita bimbang kalau dirinya tidak layak dijadikan sebagai isteri mahupun ibu. Pada masa kini, semuanya berubah. Bukan sahaja perempuan mahukan lelaki yang sempurna, lelaki pun mahu perempuan yang sempurna segalanya.

4. Bimbang dirinya tidak ngam dengan kawan-kawan si dia.

Selain daripada itu, kaum wanita juga berasa bimbang kalau dirinya tidak ngam rakan-rakan kekasihnya. Untuk berasa selesa dengan sahabat teman lelakinya adalah perkara utama yang sentiasa berlegar dalam fikirannya. Kaum wanita juga akan berasa cepat terkilan jika dirinya tidak mampu untuk serasi dengan rakan-rakan teman lelakinya.

5. Bimbang dirinya tidak ngam dengan ibu malah dengan adik-beradik si dia.

Jika mahukan hubungan yang lebih jauh iaitu membina rumah tangga, sudah tentu situasi ini menjadi perkara utama yang mahu diselesaikan. Kaum wanita agak mudah terkilan sekiranya dirinya disisihkan berbanding dengan kaum lelaki. Kebanyakan kaum lelaki seperti tidak kisah untuk bersendirian, malah jarang pula dengar masalah antara suami dengan bapa mertuanya, kan?

Perkara yang paling bahagia untuk wanita yang bakal menjadi isteri adalah dapat serasi dengan ibu mertua dan juga ipar duainya.

Oleh yang sedemikian, kaum lelaki perlu lebih memberi perhatian dalam 5 hal ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,259 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen