Perlu Bijak Uruskan Pasangan Yang Boros Ini, Jangan Sakitkan Poket Sendiri Kerana Nak Tengok Senyuman Manis Si Dia Je.

 

Kadang-kadang sebab rasa sayang itu buat kita sanggup pejamkan mata hanya kerana tidak mahu berlakunya pergaduhan atau salah faham. Bahkan kalau sentiasa berlaku pergaduhan ia akan mengeruhkan lagi hubungan.

Kadang-kadang kita akan dapat pasangan yang kontra dengan kita. Tak semestinya kalau kita ini seorang yang jimat kita akan dapat pasangan yang sama, boleh jadi pasangan kita itu seorang yang boros. Malah korang-korang sekali jadi boros sebab ikutkan kemahuan dirinya.



Sebab dah terlalu sayang, pasti korang sanggup je pejamkan mata dan relakan duit korang keluar macam air mata tu. Tapi sampai bila korang nak terus bertahan akan hubungan seperti ini. Nanti korang juga yang sakit hati, pendam rasa sorang-sorang.

Apa kata korang bimbing pasangan korang agar tak bersikap boros lagi.

1. Berbincang dengan pasangan.

Cuba untuk berbincang dengan pasangan korang elok-elok. Ala, cakap lah yang sikap borosnya itu tak elok untuk hubungan korang. Lagi-lagi kalau korang ni bukan dari orang yang ada-ada, haa baik duit yang ada tug una untuk perkara yang lebih penting.

Pujuklah dirinya agar dia tidak terasa hati dengan perbincangan tersebut macam korang cakaplah “kalau boros macam ni lambat lah kahwin”. Pasti perkara ini akan menakutkan dirinya lalu mengubah sedikit sikap borosnya itu.



2. Buat anggaran kewangan.

Kalau perbincangan tidak berhasil, apa kata korang mula gunakan sekatan kewangan pula. Cuba untuk sekat berapa banyak wang yang boleh digunakan dan berapa banyak yang perlu disimpan. Macam korang anggarkan lah berapa banyak yang di boleh buat belanja yang tak membebankan korang berdua.

Lama kelamaan dia akan biasa akan perkara ini. Jadi ia mampu limitkan perbelanjaan yang tak sepatutnya.

3. Cara kata sepakat.

Kalau cara macam itu pun tak selesaikan masalah korang juga, mungkin boleh berbincang dengan pasangan untuk mencari part time job ataupun melakukan bisnes secara kecil-kecilan. Dah kalau tak boleh nak halang dan korang sayang sangat, baik korang cari cara nak tambah pendapatan korang. Barulah korang tak rasa sakit hujung bulan nanti.



4. Berani untuk tegur pasangan.

Jangan takut nak tegur pasangan korang. tak kisahlah selepas itu dia akan masam muka atau apa pun. Tegur sahaja dirinya yang terlalu boros itu. Yelah nak berubah memang lah susah jadi baik korang tegur je silap yang dia lakukan itu.

Jangan takut-takut dengan pasangan korang. Kalau dia pasangan yang baik, dia akan terima teguran korang dengan hati yang terbuka. Kalau tak, faham-faham sendiri lah.

Membimbing pasangan untuk tak jadi boros bukanlah kerana korang tidak menerima siapa dirinya. tetapi lebih kepada untuk membimbingnya menjadi orang yang bijak menguruskan kewangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen