Masa Bercinta Jangan Nak "Melabur" Banyak Sangat Dekat Kekasih Hati Tu, Belum Tentu Dia Jadi Jodoh Korang.

 

“Kalau tak ada duit jangan bercinta” pernah atau tak korang dengar orang cakap pasal perkara ini. Masa bercinta ini memang banyak guna duit. Mana tidaknya korang nak pikat hati pasangan korang kan? Nak bagi apa yang dia nak biar dia tak lari dekat orang lain kan?

Tapi korang kena lah ingat juga, kekasih hati korang tu belum jadi pasangan sebantal korang, jadi jangan lah pula korang habiskan banyak duit untuk mereka yang belum tentu jodoh korang.



Cuba fikir balik nak kahwin nanti pun korang kena banyak keluar duit juga, berbaloi ke habiskan duit sekarang ni dengan orang belum tentu suami atau isteri korang? Buatnya dah berhabis banyak dengan dia tup tup tengok dia bersanding dengan orang lain. Memang putih mata la korang.

Fikir baik-baik dan dalam-dalam, dari korang membazir duit dengan orang yang belum tentu lagi, lebih baik korang rancang kewangan korang bagi kukuh dulu. Paling tak pun gunalah wang yang ada tu untuk perkara yang berguna.

Macam yang dipesan oleh Firdaus Shakirin ini, jangan nak melabur sangat masa bercinta, dia tu belum tentu jadi yang halal buat korang.

Masa bercinta, jangan "melabur" sangat...

Lumrah orang bercinta, mesti nak belanja kekasih tengok wayang, makan sedap-sedap, shopping, topup, hadiah, surprise dan macam-macam untuk kekasih hati...

Ramai yang macam tu...

Tapi, ingatlah, selagi kita belum berkahwin dengannya, maka belum pasti lagi bahawa dia itu jodoh kita...boleh jadi kita sedang belanja jodoh orang lain...boleh jadi kita sedang mewahkan jodoh orang lain...boleh jadi juga kita sedang menjaga jodoh orang lain...



Boleh jadi kan sebab benda tak tentu lagi...

Maka disini, kita perlu waras, dan ukur baju dibadan sendiri...kita pun bukannya berada sangat, bukannya berduit sangat, tak akan setiap kali kita keluar dengannya, kita sahaja yang perlu keluarkan duit...minyak kita, tiket wayang kita, popcorn kita, kluar makan kita dan dia nak beli kasut pun kita juga yang bayar...

Wait a minute, dia bukan pasangan hidup kita lagi...

"TAKpela melabur..."

Hello, jangan semberono melabur ye!



Kalau dia seorang kekasih yang baik, dia takkan biar kita seorang sahaja yang keluarkan duit...ada masa kita bayar, ada masa dia bayar...ini contoh seseorang yang boleh dijadikan pasangan hidup sebab dia faham kemampuan kita dan dia tak berkira dengan duitnya...


Cinta, cinta juga, tapi berpada-pada la...jangan terlalu bagi segala-galanya ketika kita bercinta, simpan sikit, kedekut sikit, sep sikit untuk kegunaan masa depan kita...kalau dia dah kawin dengan kita, masa tu bagi la banyak mana pun, bagi la segala-galanya pun, takde masalah dah sebab dia dah jadi pasangan hidup kita yang sah...

Selagi belum sah, jangan melabur sangat...kita pun cukup-cukup makan...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,520 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen