Semakin Jauh Pintu Rezeki Apabila Suami-Suami Lakukan Perkara Ini.

 

Dalam hubungan suami isteri ini, tidak semua perkara akan berlaku dengan begitu mudah seperti yang kita harapkan. Kadang kala ujian akan datang melanda untuk menguji kasih sayang antara kita dan juga pasangan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Pergaduhan dan salah faham itu adalah perkara biasa yang akan berlaku dalam hubungan suami isteri. Adalah lebih baik kalau korang masing-masing lebih bijak dan rasional dalam mengukuhkan hubungan korang.



Seperti yang kita tahu bahawa suami adalah ketua keluarga. Dia adalah orang yang akan membimbing serta akan cuba untuk mencukupi segala apa yang ahli keluarga perlukan. Akan tetapi tidak semua usaha yang telah diberikan itu membuahkan hasil yang baik.

Ada sesetengah isteri akan memahami keadaan suaminya, akan tetapi ada juga yang tidak dapat memahami jiak keinginannya tidak dapat dipenuhkan.

Apa yang kita tahu dan selalu diingatkan ialah, isteri adalah lombong rezeki buat suaminya. Akan tetapi ada beberapa perkara yang membuat suami kehilangan pintu rezekinya selain perbuatannya yang dilakukan terhadap isterinya.

Mari sama-sama kita ketahuinya.

1. Merasakan anak sebagai beban, sedangan ia adalah rezeki daripada Allah.

Anak adalah rezeki yang tidak ternilai yang telah diberikan Allah kepada kamu. Oleh itu, didik dan jagalah mereka ini sebaik mungkin. Sebagai ibu ayah, kalian seharusnya mencari rezeki tanpa mengeluh dengan merasakan bahawa anak-anak itu hanya menambah beban dalam hidup anda sahaja.



2. Selalu mengeluh dalam hidup.

Sentiasa mengeluh dalam setiap hal, tak kiralah mengenai kewangan, perkerjaan, hidup atau apa-apa pun lah. Semuanya anda rasa tidak kena malah tidak cukup. Bahkan anda juga sentiasa tidak ikhlas dengan apa yang telah anda berikan.

Seharusnya dalam hidup ini kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh-Nya. Ini kerana dia tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

3. Kurang bersabar dan suka marah-marah.

Apabila kita berdepan dengan masalah, adalah lebih baik sekiranya kita ini tenangkan fikiran dan bersabar dengan apa yang berlaku. Bukannya marah-marah sehingga membebankan fikiran kita sendiri. Adalah lebih baik sekiranya kita berdepan dengan ujian, kita berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah.



4. Tidak solat dan kurang berdoa.

Sebagai orang Islam, kita wajib menunaikan solat malah sentiasa meminta ampun kepada Allah. Tidak hanya itu, dalam setiap kesusahan yang dialami, Allah sentiasa memberi jalan kepada kita untuk terus berdoa kepada-Nya. Boleh jadi dengan tidak solat serta kurang berdoa, Allah menutup pintu rezeki buat kita.

Sebagai ketua keluarga, kita seharusnya sentiasa memikirkan jalan terbaik buat keluarga kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen