Eeee, Malunya Ketiak Hitam. Buat Bakal Pengantin, Ini Tips Penggunaan Deodoran Yang Betul.

 

Masalah ketiak hitam bukanlah satu perkara yang asing lagi untuk diperkatakan. Ramai sahaja diantara kita ini berdepan dengan masalah ini. Malah, ketiak hitam juga akan membuatkan anda malu untuk mengenakan baju lengan pendek di depan orang ramai.

Tak hanya itu sahaja, buat bakal-bakal pengantin pasti rasa kurang keyakinan untuk bersama pasangan nanti. Mana tidaknya, selama ini rahsia ketiak hitam tersimpan rapi, hanya diri sendiri sahaja tahu. Tapi bila sudah berkahwin sudah tentulah pasangan akan tahu juga.



Seperti yang kita tahu ketiak ialah bahagian anggota badan yang sering mengeluarkan peluh lebih-lebih lagi jika kita melakukan aktiviti luar. Justeru, penggunaan deodoran sangat membantu untuk menghindarkan bau yang kurang menyenangkan pada badan.

Adakah anda rasa cara penggunaan deodoran anda selama ini betul seperti yang disarankan? Jom ketahui cara yang sepatutnya agar mendapat kesan yang optimum kepada si pemakai.

1. Guna pada kulit kering

Kebiasaannya, kita akan guna deodoran selepas mandi dan mungkin kulit kita pada saat itu masih basah atau lembap. Deodoran hanya dapat 'bekerja' secara efektif apabila kondisi kulit ketiak kering.

Jika kulit ketiak masih dalam keadaan lembap, maka bahan-bahan aktif dalam produk hanya akan sampai di lapisan luar sahaja dan tidak menyerap ke dalam pori.

Salah seorang ahli Perhimpunan Doktor Spesialis Kulit dan Kelamin Indonesia Jakarta (PERDOSKI Jaya), Dr Melyawati Hermawan turut menjelaskan kepada portal Hello Sehat bahawa produk deodoran yang tercampur dengan air boleh membentuk satu kandungan yang boleh menjadi punca kepada iritasi.

Antara bahan-bahan yang dapat menyebabkan iritasi pada kulit sensitif ialah alkohol, paraben dan propylene glycol.

2. Guna pada waktu malam

Menurut Dr Melyawati, memakai deodoran di malam hari lebih efektif kerana pada waktu ini, kita kurang beraktiviti di luar jadi saluran peluh lebih clear dan tidak bekerja terlalu aktif. Ini membolehkan kandungan bahan aktif dalam produk dapat meresap lebih optima.

Justeru pada keesokan paginya, produksi kelenjar peluh tidak akan sampai ke permukaan kulit kerana sudah ada produk deodoran yang menyumbatnya.



3. Goncang botol spray deodoran

Menerusi perkongsian Dove, jika anda menggunakan deodoran jenis semburan, goncang terlebih dahulu bagi memastikan semua bahan di dalamnya tercampur dengan baik sebelum digunakan.

4. Jarak yang tepat

Pastikan jarak untuk menyembur deodoran adalah 15 cm daripada ketiak iaitu kira-kira jarak antara ketiak dan siku. Ia adalah jarak yang tepat untuk mendapat kesan yang lebih efektif.



5. Sembur dalam satu tekanan

Tidak perlu sembur dengan banyak untuk mendapat kesan yang maksima. Memadai sembur dengan sekali tekan selama dua saat.

6. Biarkan kering

Jangan terus memakai baju selepas menggunakan deodoran. Biar deodoran kering seketika untuk mengelakkan kesan putih bekas deodoran melekat pada baju hitam.

Apa yang penting, pilihlah deodoran yang sesuai dengan jenis kulit. Jika anda mengalami masalah kulit sensitif, elak gunakan produk deodoran yang mengandungi pewangi. Ingat, jika anda tersalah pilih produk yang tidak sesuai, ia mungkin akan menyebabkan ketiak anda kehitaman.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen