Lima Jenis Stail Mengurat. Anda Yang Mana?

 

Sudah menjadi lumrah alam, sekiranya kita tertarik dengan seseorang, pasti akan ada gerakan atau tindakan yang menunjukkan kita minat orang tersebut. Tidak kira apa jua gerakan, ia pasti akan memberikan pelbagai hasil sama ada positif ataupun negatif. Kalau positif, memang di awangan lah kita rasakan, kalau negatif, serta merta rasa dikecewakan.

Namun, menurut penulis buku Judy Dutton, beliau menyatakan bahawa apabila kita tertarik pada seseorang, sebenarnya kita telah mengeluarkan 35 signal atau aura mengurat dalam tempoh satu jam. Signal ini menunjukkan bahawa kita adalah seorang single yang memang dalam misi mencari jodoh.

Menurut Kajian, Sebenarnya Terdapat 5 Jenis Atau Gaya Mengurat Jantinan Yang Berlainan Iaitu…

1. Mengurat secara tradisional, di mana si lelaki yang memulakan langkah pertama.

Ia sudah menjadi kebiasaan dimana lelaki yang akan mengurat si perempuan dahulu, kerana tidak mahu digelar perigi mencari timba. Ramai juga dikalangan perempuan zaman sekarang masih mengikut tradisi ini kerana menganggap memang lelaki yang perlu memulakan langkah. Sekiranya tiada yang memulakan langkah, dirinya sanggup untuk single untuk selamanya.

Mungkin juga percaya kepada takdir seratus peratus, tanpa usaha.

2. Mengurat secara bermain permainan, di mana anda berdua menggunakan interaksi permainan untuk menarik perhatian.

Stail mengurat ini juga sudah menjadi tipikal, kerana anda dengan dia seolah-olah sukar untuk berinteraksi sekiranya tanpa apa-apa aktiviti. Tidak kira apa jua permainan atau aktiviti, ia sebenarnya mendorong anda berdua untuk berinteraksi melalui perbualan, mahupun melalui bertentangan mata sahaja.

Dengan aktiviti ini juga sebenarnya kalian berdua mahu menunjukkan kelebihan masing-masing supaya kalian berdua tertarik antara satu sama lain.


Kredit: VidePhotography

3. Mengurat secara ikhlas, di mana anda berdua mudah untuk berterus terang tentang diri sendiri.

Gaya memikat ini juga sebenarnya sudah menjadi kebiasaan untuk para pasangan. Dengan berkongsi cerita berkenaan dengan diri sendiri mampu untuk membuat kita jatuh cinta. Mungkin jatuh cinta dengan identiti mereka yang sebenar, walaupun kita tidak tahu bahawa cerita yang dikongsikan tersebut benar ataupun tidak.

Mengurat secara ikhlas sebenarnya banyak cabaran, dan mungkin cabaran tersebut yang menguatkan lagi hubungan kalian berdua.

4. Mengurat secara bersopan santun, di mana anda mendekati si dia dengan tertib.

Situasi sebegini banyak terjadi apabila sahabat atau orang disekeliling anda tidak menyedari bahawa anda sedang mengurat si dia. Mungkin juga, orang sekeliling tidak mengetahui bahawa anda berdua sedang berpacar. Ini kerana anda mahukan hubungan yang sederhana sahaja, dan lebihkan privasi. Dengan kata yang mudah, anda dengan dia mahukan silent relationship kerana menghormati apa yang anda atau dia mahukan.

5. Mengurat secara fizikal, di mana mereka menyentuh individu yang diminati.

Gaya sebegini berkemungkinan besar nampak kasar dan tidak beradab, mungkin juga boleh dikatakan liar. Akan tetapi sentuhan disini adalah hanya pergerakan automatic dengan mengusik, mencuit dan menepuk bahu sahaja, dan tidak lebih daripada itu.

Menurut kajian, sekiranya anda atau si dia suka untuk mengurat dengan gaya sebegini tanpa anda sedar sebenarnya kalian berdua memang sudah tertarik antara satu sama lain.

Secara saintifik, anggota badan kita seolah-olah menjadi magnet untuk si dia.

Jadi, anda tergolong dalam stail yang mana?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen