Bagi Bakal Pengantin, Ini 6 Tips Untuk Kuku Anda Kelihatan Sihat Dan Berkilat.

 

Menjadi raja sehari, kelihatan berseri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki itu pasti, termasuklah dengan keadaan kuku sendiri. Anggota yang kecil ini juga harus dititik beratkan supaya ia kelihatan sihat dan berkilat. Jangan ambil remeh ya, bagi bakal pengantin.

Jadi, Pada Semua Bakal Pengantin, Ini Tips Mudah Untuk Anda Ikuti Supaya Kuku Kelihatan Sihat Dan Berseri Sewaktu Majlis Bersanding Nanti…

1. Amalkan dengan sapuan vaseline.

Image result for use vaseline on nail

Petrolum jelly atau dipanggil Vaseline ini banyak manfaat yang kita dapat jika digunakan sebagai rutin harian. Termasuklah dalam penjagaan kuku dimana kuku anda akan kelihatan lembab sentiasa. Sapu Vaseline pada kuku dan keliling kuku anda jika berasa kering. Kandungan vitamin E yang terdapat dalam Vaseline tersebut mampu memberikan kelembapan yang berpanjangan.

2. Gunakan cuticles dengan betul.

Image result for cuticle

Kebiasaannya, cuticles ini hanya terdapat sewaktu anda pergi ke manicure sahaja. Untuk jimat, anda juga boleh lakukan sendiri di rumah tetapi lakukan dengan lembut dan hati-hati supaya jari anda tidak akan terluka nanti. Tolak dengan lembut dan ambil sudut 45 darjah untuk kedudukan yang betul. Gunakan tenaga yang lemah gemalai sahaja.

3. Jangan biasakan dengan kuku panjang.

Majoriti kaum perempuan amat suka untuk membela kuku panjang dan merias dengan pelbagai corak dan warna. Dah nak jadi bakal pengantin ni, elakkan berkuku panjang dan sentiasa kemaskan kuku anda. Memadai sekiranya anda buffing sahaja kuku anda, tetapi elakkan merias dengan pelbagai warna. Nanti takut kuku rosak, sekiranya anda tiada masa untuk kemaskan kuku.

4. Jangan lupa makan vitamin tambahan untuk kuku anda.

Image result for blackmore nail hair skin price

Kuku juga ada vitamin tambahan yang sesuai, sebagai contoh Blackmores Nails, Hair & Skin Health, atau anda boleh cari vitamin yang punya ciri-ciri yang sama. Produk sebegini terdapat banyak di pasaran, terutamanya di Watson dan Guardian. Ia sangat bagus kerana dapat menambah nutrisi pada kuku anda juga, sekiranya diet pemakanan anda tidak cukup nutrisi.

5. Amalkan dengan minum susu.

Selain daripada itu, sekiranya anda penggemar susu, amalkan dengan pengambilan segelas susu setiap hari. Kandungan zink dalam susu dapat membantu dan meningkatkan kesihatan kuku anda sebenarnya. Jika anda lihat kuku anda terdapat warna putih di tengah-tengah, kemungkinan besar anda kurang zat zink di dalam badan.

6. Betulkan cara untuk mengikir kuku.

Related image

Selama ini pasti kita sering mengikir kuku ke hadapan dan ke belakang, kan? Ia ternyata salah kerana cara yang betul adalah dengan mengikir kuku dengan satu hala sahaja. Di samping itu, anda sebenarnya patut elakkan mengikir kuku sejurus sahaja mandi kerana kondisi kuku pada waktu ini mudah patah.

Selamat Mencuba Dan Selamat Pengantin Baru!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,639 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen