Wanita Ini Kongsikan Keajaiban Apabila Kita Selalu Bersedekah.

 

Ungkap dengan kata-kata memang mudah untuk kita bersedekah. Namun, berapa ramai sahaja dikalangan kita yang konsisten dengan bersedekah ini? Setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan? Kita nak sedekah pun ada waktunya, bukan?

Keajaiban bersedekah ini sangat luas, bukannya kita memberi duit, pasti akan dapat balasan duit. Tidak semestinya. Pasti rezeki lain pula Allah akan bagi pada kita seperti perkongsian dari saudari Nur Aliah ini…

********

Sini Lia Bongkarkan ‘Investment’ Yang Paling Terhebat Untuk Tebalkan Duit Poket Korang.

Sayangnya ramai sangat orang yang bersedekah tapi tak niatkan hajat yang kita nak!

Jadi sini Lia kongsikan keajaiban bersedekah (The Miracle Of Giving)

Firstly, kita kena tahu sifir dunia dan sifir sedekah.

Lihat 2 sifir ini di bawah,

Sifir Dunia:

  • 10 - 1 = 9
  • 10 - 2 = 8
  • 10 - 3 = 7
  • 10 - 4 = 6
  • 10 - 5 = 5
  • 10 - 6 = 4
  • 10 - 7 = 3
  • 10 - 8 = 2
  • 10 - 9 = 1
  • 10 - 10 = 0

Mengikut pada sifir dunia, kita ada RM10, kita keluarkan RM1 untuk sedekah, baki dalam dompet kita ada RM9.

Sifir Sedekah (sifir akhirat):

  • 10 - 1 = 19
  • 10 - 2 = 28
  • 10 - 3 = 37
  • 10 - 4 = 46
  • 10 - 5 = 55
  • 10 - 6 = 64
  • 10 - 7 = 73
  • 10 - 8 = 82
  • 10 - 9 = 91
  • 10 - 10 = 100

No photo description available.

Manakala untuk sifir sedekah ini, kita ada RM10, kita keluarkan RM1 untuk sedekah, kita dapat balik pulangan RM19!

Sebab dalam Al-Quran tertulisnya begini,

“Man jaa-a bil hasanati falahu ‘asyru amtsaalihaa waman jaa-a bissai-yi-ati falaa yujza ilaa mitslahaa wahum laa yuzhlamuun”

Maksudnya : Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) 10 KALI LIPAT AMALNYA, dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan). (Surah Al-Anfal ayat 160)

Bahasa mudahnya,

  • Siapa yang buat 1 kebajikan, Allah swt balas dengan 10 kebajikan.
  • Kalau kita invest RM10, Allah akan bagi kepada kita RM100.

Sebab itu la kita kena YAKIN dengan sifir sedekah ini, dan Allah tak pernah mungkir janji. Allah jugalah yang atur lalu lintas rezeki kita semua.

Semakin banyak kita invest dalam bentuk memberi (sedekah atau zakat), maka semakin banyak pulangannya.

Secondly, kita meminta dengan Allah apa hajat yang kita nak dengan cara kita bermonolog dengan Allah. Sebut dengan terperinci.

Caranya adalah:

  • Senaraikan apa hajat yang kita nak atau keperluan yang kita nak.
  • Jumlah yang diperlukan itu berapa.
  • Nyatakan tarikh yang diperlukan.

Sebagai Contoh:

“Wahai Allah, aku sekarang sedang berusaha membuka outlet Dexandra . Namun, modalnya sangat besar, mencecah sehingga RM30,000. Wahai Allah aku sedekah wang aku sebanyak rm3,000 pada bulan Julai ini. Kurniakanlah kepadaku wang sebanyak RM30,000 pada akhir 30 December 2019 . Wahai Allah Engkau Maha Melihat, permudahkanlah urusan hambamu ini. Jadikanlah aku ini dengan Engkau Ya Allah semakin taat dan dengan dengan manusia semakin bermanfaat.”

Related image

Nampakkan, tak semestinya kita minta balas balik dengan wang, boleh juga minta selain dari wang. Contoh rawat sakit, minta jodoh, minta Allah pandaikan anak kita dapat A dalam matapelajarannya, bukakan pintu hati-hati customer datang ke kedai kita dan sebagainya.

Jadi, jom kita ubah mindset apabila kita keluarkan duit bukanlah duit itu terbang dari poket kita, tapi duit yang kita sedekah itu adalah duit yang kita sedang buat pelaburan.

InshaAllah semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak kita keluarkan zakat, semakin banyak kita berinfak, bisnes kita akan semakin maju, customer semakin ramai, tubuh semakin sihat dan paling penting hati kita semakin tenang.

Inilah yang dinamakan “Spiritual Happiness”!

Lia sangat yakin, sedekah dengan penuh ikhlas mampu meringankan beban manusia lain dan juga mengangkat azab dan seksa kita di akhirat sana nanti.

Lebih ajaib lagi, rezeki yang meluru masuk bila kita bersedekah ni datang tiba-tiba dan muncul di waktu kita sangat memerlukannya!

Itulah keajaiban sedekah yang Lia rasa kalau korang buat, korang pun akan rasakan kejaibannya!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,618 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen