Doktor Ini Jelaskan, Bahawa Minuman Berkultur Tidak Mengaktifkan Sel Kanser.

 

Kadang-kadang kita ini selalu tekan butang ‘share’ di Facebook tanpa usul periksa atau melakukan kajian awal terlebih dahulu. Apa yang kita baca dan menjadi tajuk, itulah yang kita percaya dan kongsikan kepada rakan-rakan kita yang lain. Akan tetapi kesahihannya itu tidak pasti lagi.

Baru-baru ini, tular semula akan minuman Vitagen adalah salah satu punca kepada penyakit kanser. Ramai yang mudah percaya akan penyebaran berita yang masih belum sahih ini. Akan tetapi, menurut perkongsian daripada Dr. Rusyainie Ramli, Vitagen atau minuman berkultur yang lain dimana ia dapat mengaktifkan sel kanser ini adalah tidak betul.



Meh sama-sama kita fahamkan penerangan darinya.

Vitagen pula difitnah dah jadi penyebab kanser. Aduh. Patut tuan punya syarikat saman la tukang sebar cerita palsu ni.

Berkeliaran pula hari ni, benda yang dah pernah viral dulu. Vitagen punca kanak-kanak kena kanser katanya. Dok recycle benda lama. Apa kata buat hoax baru, seronok sikit nak cerita.

Penatnya nak membanteras mitos terutama bila ia datang dari doktor yang dah sesat. Patutnya doktor lah yang menenangkan keadaan, masalahnya dia membuat onar.

Vitagen dan minuman berkultur yang lain yang ada di pasaran tu dikatakan mengaktifkan sel kanser dengan kandungan gula, perasa dan pewarna yang ada dalamnya. Ni tak betul.

Benar sekali yang minuman berkultur ni kandungan gulanya tinggi. Untuk 125ml Vitagen, ada 13.4g gula. Lebih kurang 3½ sudu kecil gula. Kalau yang kurang manis tu, ada separuh dari tu. Tapi harganya lagi mahal.

Mengikut Malaysian Adult Nutrition Survey pada tahun 2002/2003, purata seorang dewasa mengambil 7 sudu kecil gula setiap hari. Dan ini ternyata melebihi dari apa yang disarankan oleh WHO dan juga Malaysian Dietary Guidelines yang meletakkan limitasi kepada 50g gula sehari termasuklah gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman kita.



Gula berlebihan akan diproses dan disimpan dan itulah penyumbang kepada masalah besar rakyat negara kita iaitu gemuk dan obesiti.

Tak dinafikan minuman berkultur tu ada bakteria baik yang sama macam bakteria yang hidup dalam usus kita yang membantu mencernakan serat yang tidak terurai. Sistem penghadaman kita lebih lawas dengan adanya bakteria baik ni. Bakteria ni juga membantu melindungi usus dari menjadi tempat pembiakan bakteria jahat. Makanan probiotic yang seumpamanya adalah tempe, yogurt, roti sourdough dan lain-lain.



Tapi Vitagen ni tak boleh diberikan kepada sesetengah kumpulan pesakit yang mempunyai sistem imunisasi badan yang rendah seperti

1. HIV


2. Kanser yang sedang menjalani rawatan kimoterapi

3. Pesakit yang mengambil steroid untuk jangka masa yang lama kerana penyakit SLE, Rheumatoid arthritis dan sebagainya.

Saya berharap sangat kita hentikan memomokkan masyarakat dengan kenyataan yang tak berasas ni. Sebelum menyebarkan sesuatu, tolonglah semak dulu, jangan lah macam knee-jerk reflex punya tindakan. Dah jadi panik dah semua orang.

Kita semua cerdik, bijak dan pandai kan? Boleh tak kita berkelakuan macam manusia yang begitu?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,293 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen