Lepas Hadiahkan Isteri Dryer, Barulah Banyak Masa Terluang Sampai Nak Berkepit Dengan Suami 24 Jam.

 

Sebagai suami kalau kita tak dapat ringankan beban isteri dengan tenaga dan kudart kita sendiri, maka kita perlulah bijak untuk meringankan bebannya. Mungkin kalau rasa tak dapat nak tolong tu, maka perlulah cari jalan macam mana nak ringankan tugas isteri kita.

Lagi-lagi kalau bab-bab lipat baju, jemur kain serta angkat kain. Tugas ini walaupun nampak mudah tapi perlukan tenaga yang banyak. Kalau tiba-tiba hari macam mendung sahaja nak hujan, lagi lah isteri terpaksa keluar masuk rumah sebab nak angkat baju takut-takut terkena hujan. Kalau baju kena hujan pula sebab lambat angkat dah kena jemur semula kain-kain tersebut.



Haa, tak kesian ke dengan isteri kita itu? Cuba ikut contoh Mohd Fhais ini, beliau belikan mesin pengering buat isterinya yang akan memudahkan mereka suami isteri.



Baginya inilah hadiah paling bermanfaat beliau pernah beri pada isteri.

“Kalau serius nak bantu ringankan tugas isteri, saya rekemen bagi sebiji dryer mesin ni kat rumah kerana sebiji mesin ni sahaja boleh selesaikan berpuluh masalah dalam rumah.”

Antaranya,

1 - Jimat masa kerana baju lebih cepat kering. Dah tak perlu nak tunggu sehari suntuk jemur baju di ampaian. Itu pun kalau langit cerah, kalau mendung 2-3 hari belum tentu kering.

2 - Kerja jadi mudah. Lepas basuh terus masuk mesin dryer. Dah tak perlu masuk bakul, angkat satu-satu bawa ke ampaian. Dapat ampaian jauh, boleh sado badan isteri tu angkat bakul hari-hari.

3 - Baju tak berhabuk. Habuk, benang, debu semua dia sedut. Bila jemur bawah matahari 3 benda dia tak sedut. Malah tambah teruk lagi ada la, dengan asap kereta, asap rokok, pasir berterbangan lagi.

4 - Kurang risiko kena bulu kucing. Kucing mana boleh nampak kalau ada port untuk landing ni. Mula la dia nak mengepet. Penuh bulu kucing kat baju. Kalau kucing jantan lagi bahaya, dia main pancut je kat ampaian tu.

5 - Privasi pakaian terjaga. Dari besar sampai kecil pakaian semua ahli keluarga kita ada privasi sikit. Tak ada la jadi tatapan mata orang lain yang lalu lalang kat situ. Selamat dari fitnah juga.

6 - Isteri tak payah risau tentang aurat. Semua buat dalam rumah. Ini manfaat paling besar sebenarnya. Kadang angkat baju tudung lupa pakai. Kalau hari hujan berlari nak angkat baju, tak perasan dah baju di pakai tu sempurna ke tak tutup aurat.

Ini belum cerita lagi manfaat seperti senang nak lipat baju, baju tak tersangkut, baju tahan lama dan berpuluh lagi manfaat lain yang memang boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat kerja orang rumah.

Bila isteri dah tak banyak buang masa dengan tugas basuh baju ni baru la dapat dia nak berkepit dengan suami 24 jam.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Bukan je dapat keringkan baju, malah dapat buat hati isteri semakin cair meleleh tau.
 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen