"Orang Perempuan Sentiasa Nak Betul, Dah Salah Pun Still Nak Betul Juga."

 

Setiap wanita mungkin mempunyai personaliti yang berbeza dengan lelaki. Namun begitu, sesetengahnya memiliki personaliti yang hampir sama. Antaranya ialah rasa tinggi diri, ego, sombong bahkan sentiasa merasakan mereka ini sentiasa betul.



Selalunya kalau ada salah faham atau perdebatan antara lelaki dan wanita, sudah pasti wanita akan cuba untuk menegakkan apa yang mereka fahami walaupun point yang nak disampaikan tak berapa nak kena. Ala, selalukan kita dengar orang lelaki cakap “orang lelaki tak akan menang punya kalau gaduh dengan perempuan”.

“Nak buat mcm mana perempuan sentiasa nak betul, sentiasa nak menang dah salah pun still nak betul juga.”

Bukan semua wanita suka rasa dirinya sentiasa betul, ada saja yang suka merendah diri dan menerima teguran. Tetapi, segelintir daripada mereka tidak mudah menerima teguran dan menganggap apa yang dilakukan adalah semua betul.



Orang lelaki ini, mereka bukannya nak mengalah akan tetapi mereka ini sukar untuk membaca fikiran wanita. Jadi daripada pergaduhan terus berlanjutan lebih baik dirinya membiarkan pasangan mereka itu menang walaupun hakikatnya sebaliknya.

Selalunya bila cakap pasal ego tinggi ini mesti akan dikaitkan dengan orang lelaki sedangkan ada sahaja wanita yang mempunyai ego tinggi dan tidak suka ditegur. Lebih-lebih lagi jika dia seorang yang bekerjaya, bagi mereka semua apa yang dilakukan adalah betul dan tidak perlu ditegur. Dalam kata lain ialah keras kepala. Namun bukan semua wanita bekerjaya bersikap begitu, segelintir sahaja.



Antara contoh lain ialah tentang makan, jika ditanya mahu makan dimana pasti menimbulkan pelbagai reaksi. mereka berkata yang mereka boleh makan dimana-mana sahaja, tapi apabila bawa mereka ke tempat makan yang mereka tidak berkenan, mula marah dengan pasangan dan mengatakan pasangan tidak peka dengan apa yang mereka suka. Sekali lagi menyalahkan orang lain dan merasakan dirinya betul.

Jangan suka merumitkan keadaan yang sememangnya tidak perlu dirumitkan, jika ianya boleh berbincang dengan baik maka berbincanglah dengan baik.

Ini hanya sekadar pandangan umum sahaja, boleh jadi orang lelaki cuba menaikkan rasa amarah wanita, itu pasal la wanita mengamuk. 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen