Apa Yang Menyebabkan Lelaki Sering Berkecil Hati Dengan Perempuan? Para Wanita, Jom Ketahuinya!

 

Sudah menjadi lumrah manusia, semua perkara yang kita lakukan pasti bakal menyebabkan orang lain berkecil hati. Tidak kira kaum perempuan mahupun lelaki. Selagi kita punyai hati dan perasaan, tidak mustahil sekiranya kita mudah berkecil hati.

Hal ini jadi sangat merumitkan sekiranya dalam masing-masing dalam keadaan sedang hangat bercinta. Malah, bagi golongan lelaki, mereka menjadi lebih beremosi ketika bercinta.

Maka, Bagi Kaum Perempuan Anda Perlu Berhati-Hati Sekiranya Sedang Bercinta, Kerana Lelaki Banyak Berkecil Hati Tentang Perkara Ini…

1. Menghalang dan mempertikaikan minatnya.

Kebanyakan kaum lelaki sebenarnya banyak yang berkecil hati tentang hal ini. Disebabkan hobi mereka kebanyakannya lebih praktikal berbanding wanita, maka ia sedikit sebanyak menjadi halangan dalam hubungan.

Sebagai contoh…

“Awak nak fokus dengan kereta ke, atau dengan saya?”

2. Menyindir dirinya sama ada di sosial media atau dikhalayak ramai.

Walaupun nampak lelaki seperti tidak kisah apabila hal dirinya dikongsikan pada umum, tetapi jauh dalam sudut hati mereka sebenarnya tidak faham dengan kaum perempuan. Lebih-lebih lagi mengenai situasi sebegini. Apa motif untuk menceritakan hal diri mereka termasuk hal pasangan di sosial media dan juga pada sahabat handai?

3. Pandang rendah dengan kebolehan dirinya.

Kaum lelaki juga sebenarnya amat kecil hati sekiranya pasangannya sendiri suka memperkecilkan dirinya. Padahal dia juga serba kebolehan, jadi kenapa perlu bandingkan dengan orang lain pula?

4. Suka sangat mengungkit.

Fikiran lelaki ini rasional, jadi mereka mudah untuk elak memikirkan hal yang tidak penting dalam hidup mereka. tidak ramai dikalangan lelaki yang suka mengungkit, mereka hanya akan mengungkit sekiranya pasangan yang mula mengungkit. Padahal dikalangan kawan lelaki, mereka lebih direct to the point.

5. Selalu fikir negatif tentang dirinya, malah tidak percaya.

Sudah la pandang rendah dengan kebolehan dirinya, malah tidak percaya pula, sememangnya akan membuat ramai para lelaki kecil hati dan kecewa. Sekiranya rasa tidak percaya itu berlarutan, lama-kelamaan hati dan perasaan lelaki tersebut akan menjadi tawar. Hati-hati!

6. Suka mengarah dirinya itu ini.

Lelaki ini ego! Malah lebih ego berbanding dengan kaum wanita. Memang tak tercapai ego lelaki ini. Jadi, bagi kaum perempuan, janganlah suka-suka hati nak mengarah kaum lelaki dengan cara yang tidak betul. Cuba cari cara yang betul untuk membuatkan lelaki ikut arahan anda. Bukan dengan berkata-kata kasar.

7. Sering menolak pelawaannya atau permintaannya.

Situasi sebegini bukan sahaja membuatkan lelaki berkecil hati, tetapi akan buat lelaki rasa tercabar. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin, kerana lelaki yang bergelar suami itu adalah pemimpin keluarga. Jadi, jangan buat dirinya rasa tercabar seolah-olah tidak boleh memimpin keluarganya sendiri.

8. Membandingkan dirinya dengan orang lain.

Seperti point nombor 3 di atas, lelaki memang tidak suka apabila kebolehannya dibandingkan dengan orang lain. Walhal, semua individu memang tidak suka apabila diri dibandingkan dengan orang lain, kan? Cuma, kalau perempuan dibandingkan mula lah merajuk, kalau lelaki apabila rasa tercabar, lain pula halnya nanti.

9. Bercakap kasar di depan mukanya.

Walaupun kaum perempuan merasakan, lelaki ini perlulah kuat menerima segala rintangan dan cabaran, akan tetapi jangan pula bercakap kasar, lucah atau maki betul-betul depan mukanya. Lelaki juga ada hati dan perasaan. Memang la mereka ego tidak menunjukkan perasaan sebenar, tetapi sekurang-kurangnya jadilah perempuan yang bertamadun sikit bila bercinta tu.

10. Selalu rasa terpinggir apabila dirinya utamakan ibunya.

Hal yang paling penting membuat lelaki berasa kecil hati dan serba salah adalah, apabila pasangannya sendiri rasa terpinggir ketika dirinya utamakan ibunya sendiri. Ibu kan? Kenapa perlu rasa cemburu dan terpinggir pula?

Jadilah Perempuan Yang Bijak, Dan Jangan Selalu Buat Orang Lain Berkecil Hati!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen