Ada 5 Jenis Bujang, Anda Yang Mana?

 

Masih belum ada pasangan? Tak jumpa pasangan korang lagi? Atau tak jumpa pasangan yang sesuai dengan korang? Haa, korang ni mesti kategori bujang lah kan?

Bila bercakap pasal bujang atau single ni, mesti akan ada yang sakit hati. Mana tak sakit hatinya, kawan-kawan semua dah ada pasangan, korang je yang masih sibuk nak pilih pasangan lagi. Tapi tak apa, orang kata biar lambat asalkan selamatkan?



Jadi tak apa kalau lambat berjumpa jodoh, yang penting itu yang terbaik dan yang pertama serta akhir.

Korang tahu tak terdapat pelbagai jenis bujang yang ada disekeliling korang tu. Setiap bujang ini berbeza dalam memilih pasangan serta menikmati masa bujangnya. Haa, korang nak tahu tak korang jenis bujang yang mana?



1. Bujang yang berhati-hati dalam mencari pasangan.

Kalau korang dalam kategori ini, korang bukan jenis bujang yang jual mahal. Tetapi lebih berhati-hati dalam mencari pasangan. Biasanya bujang yang jenis ini memilih pasangan ini biasanya jenis yang takut kalau hubungan tak jadi atau mereka terluka lagi.

Biasanya mereka ini seorang yang memiliki rupa yang elok. Akan tetapi mereka mahukan pasangan yang serasi dengan jiwa mereka.

2. Bujang yang terlalu memilih.

Biasanya kalau bujang yang terlalu memilih ini memang jenis jual mahal la cerita dia. Biasanya mereka ini mengalami kesukaran nak cari pasangan. Mereka ini macam lebih memandang rupa paras, pangkat, harta dan kedudukan. Mereka ini juga sentiasa mengkiritik seseorang, di mana mereka sentiasa merasakan mereka ini sahaja yang bagus.



3. Bujang gembira.

Mereka yang dalam kategori ini biasanya hanya mahu menikmati hidup sahaja. Mereka ini tidak mahu berurusan dengan perkara yang rumit. Bujang yang gembira ini percaya bahawa jodoh yang terbaik akan tiba bila sampai waktunya. Jadi mereka ini hanya mahu menikmati hidup yang menghargai saat-saat bujang yang masih ada.

Apa yang boleh dikatakan mereka ini lebih memilih untuk menguruskan kebahagiaan sendiri sehingga tiba masanya untuk dia mendirikan rumahtangga.

4. Bujang yang mendekati Allah.

Biasanya ini merupakan mereka-mereka yang menggunakan masa bujang mereka untuk mendekati Allah. Di mana dia lebih sibuk untuk memperbaiki diri dan belajar ilmu agama berbanding untuk menjalinkan hubungan dengan mereka yang belum tentu jodohnya.

Mereka sentiasa menjaga batas pergaulannya kerana tidak mahu terjebak dengan perbuatan yang tidak elok. Mereka yang seperti ini biasanya yakin bahawa Allah akan memberikan dia jodoh terbaik apabila tiba waktunya.



5. Bujang yang bersedia untuk berkahwin.

Walaupun tak ada pasangan lagi, tetapi bujang ini sudah mempersiapkan diri mereka untuk berkahwin. Orang kata kalau perempuan itu sudah mahir melakukan kerja dapur malah dah boleh menguruskan rumahtangganya sendiri apabila hidup seorang diri. Bagi yang lelaki pula, sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab malah bersedia untuk membimbing bakal isterinya.

Dalam 5 jenis bujang ini, anda yang mana?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen