Cara Mudah & Jimat Harumkan Kenderaan Anda.

 

Bila masuk kereta sahaja, timbul satu aroma yang kurang menyenangkan menyerang hidung anda. Ya bau hapak, busuk serta bau kelembapan. Tak seronokanya kalau nak berjalan jauh dengan kereta seperti ini.

Nak-nak lagi kalau ia bau makanan, atau minuman yang tumpah, lagi lah kurang menyenangkan hidung. Walaupun sudah di cuci atau dibersihkan, kadang kala aroma ini masih lagi melekat dan tetap sahaja tidak sedap dihidu oleh hidung kita.

Biasanya orang yang suka makan makanan atau merokok di dalam kereta yang akan berdepan dengan masalah seperti.



Untuk mengatasi masalah ini, anda mungkin boleh cuba memandi semasa tingkap terbuka ataupun sembur wangian pada kenderaan anda. Akan tetapi bagaimana kalau haruman kereta anda itu tidak berjaya menghilangkan bau ini?

Mungkin anda boleh cuba tips ini kerana ia mudah serta menjimatkan poket anda. Antaranya ialah:

1. Roti

Letakkan beberapa keping roti putih beralaskan tisu atau plastik di atas permukaan dashboard, ruang menyimpan botol minuman atau di atas kerusi kenderaan.

Biarkan semalaman kerana roti ini boleh menyerap bau kurang menyenangkan termasuk bau durian atau cempedak secara berkesan.

2. Daun Pandan

Ikatkan tiga atau empat helai daun pandan dan letakkan di bawah tempat duduk atau ruang yang terdapat di setiap pintu kenderaan. Keharuman daun tersebut membantu mengatasi masalah bau khususnya bau hapak kasut.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan potpuri kombinasi bunga-bunga kering yang mengeluarkan aroma lembut dan segar.

3. Kopi

Letakkan tiga sudu teh serbuk kopi asli di dalam plastik kecil tanpa perlu mengikatnya. Letakkan di mana-mana ruang di dalam kenderaan. Selepas dua atau tiga hari bau busuk itu akan hilang.

4. Arang

Ambil beberapa ketul arang dan diletakkan di atas lantai kereta atau ketulan arang dibungkus menggunakan tisu lalu dibiarkan di kawasan yang berbau.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen