Pening Kepala Dan Sakit Kepala Itu Berbeza, Ini Yang Perlu Anda Tahu.

 

Sakit kepala dan pening kepala adalah dua perkara yang berbeza. Kadang kala kita berdepan dengan sakit kepala tetapi yang keluar dari mulut adalah pening kepala. Diri sendiri kadang kala keliru yang mana satu sakit dan yang mana satu pening.

Sampai-sampai kalau kita pergi jumpa doktor pun kita salah beritahu doktor itu akan penyakit yang kita alami ini. Nak tahu tak apa bezanya sakit kepala dengan pening kepala ini?



Sakit kepala ini sebenarnya sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan, dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyucuk di dalam kepala.

Manakala, rasa pening kepala pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan kita memutarkan kerusi itu. Ataupun kita duduk di kerusi, seluruh bilik berputar mengelilingi kita. Kalau pejam mata pun, rasa macam sedang berpusing-pusing.



Perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.

Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening. Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.



Antara makan yang menyebabkan pening.

1) Makanan masin

Garam yang banyak dalam makanan yang dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej, daging dan keju dalam tin boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.

2) Gula berlebihan

Gula yang berlebihan ditambah dalam makanan yang dijual secara komersial dan minuman seperti minuman ringan berkarbonat, gula-gula, coklat susu, jeli dan jem untuk disapukan ke roti, kek dan roti yang ditambah gula di atasnya juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.

3) Makanan yang mecetuskan migraine

Bagi individu yang sedia mengalami migraine, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migraine juga boleh menyebabkan mereka merasa pening. Bagi mereka yang sering mengalami migrane dinasihatkan agar mencatatkan jenis makanan yang mencetuskan sakit kepala dan pening, kerana setiap individu yang mempunyai penyakit migraine mempunyai makanan tertentu yang berbeza.

4) Kafein dan Alkohol

Walaupun kafein dapat dinikmati oleh ramai orang, sebahagian individu yang sensitif terhadap kafein akan merasa sakit kepala dan pening. Kafein diketahui menyebabkan kita kehilangan banyak air, secara tidak langsung mengubah keseimbangan cecair dalam organ pengimbang dalam telinga. Minuman beralkohol pula secara langsung memberikan kesan negatif dan menyebabkan pening.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen