Menantu Jangan Garang-Garang Sangat Dengan Mertua, Nanti Garang Mertua Lagi Sukarkan Hubungan Anda Suami Isteri.

 

Nak garang itu biarlah berpada-pada, jangan sampai kita kecilkan hati mertua dan pasangan kita. Tak salah nak ada sikap garang itu kena sesuai dan waktunya bukan dengan semua orang boleh kita bersikap sedemikan rupa.

Suami itu syurga kita manakala ibu mertua itu umpama ibu mertua kita, jadi kalau kita garang-garang dengan mereka ini bukan dapat apa pun, pusing-pusing pun kena jumpa mereka juga nanti.



Berhubung dengan isu Isteri Garang, Kecilkan Hati Mertua, Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh cuba berkongsi pendapatnya.

Garang adalah satu sifat ego seseorang yang mempunyai perwatakan semula jadi atau sengaja dibuat untuk mendapatkan perhatian dan juga untuk menakut-nakutkan orang lain.

Ianya juga adalah sifat yang sering dibuat-buat untuk menunjukkan sikap kelebihan diri seseorang kepada orang lain. Adakalanya ia adalah sifat yang sengaja dilakukan atau diadakan dengan niat menunjuk.



Selain itu, dikatakan ianya berlaku apabila kita ingin memberitahu bahasa badan bahawa kita berkuasa dan bukan jenis untuk dipermainkan atau diperlekehkan. Sikap garang boleh memberi salah tafsiran kepada orang yang melihatnya seperti sombong, menunjuk-nunjuk, riak dan bongkak.

Tidak ada mertua yang suka menantunya bersifat atau berlaku garang dihadapan mereka. Kebiasaanya mertua inginkan menantu mereka mempunyai sifat penyayang dan lembut serta memberi mertua penghormatan sebagai mertua dari menantu dan bukan menunjukkan betapa garangnya kelakuan menantu mereka.

Isteri yang garang sudah pasti akan mengecilkan hati mertua sebab mertua akan merasa rendah diri serta rasa dibuli oleh anak menantu mereka. Sifat garang akan menyukarkan lagi pergaulan di antara mertua dengan menantu kerana mertua akan berasa tiada kebebasan berbicara dan bergaul.

Cara lembutkan sikap garang

Bagi melembutkan sikap isteri yang garang, seorang waniita itu perlulah mempunyai sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur, mempunayi perasaan kasih sayang seperti menyayangi mertua seperti ibu bapa sendiri, banyak mengalah dan juga perasaan membanggakan diri.

Ibu mertua adalah orang yang paling rapat dengan suami dan memahami setiap pernagai si suami tersebut.

Langkah yang paling efektif untuk memulihkan hubungan ibu mertua dan isteri ialah membawa isteri berjumpa dengan mertua dan mengadakan komunikasi kekeluargaan.

Di samping itu, suami hendaklah menjalankan tugasnya dengan merapatkan hubungan isteri dengan mertua dengan memastikan mertua dilayan dengan baik dan dihormati oleh isteri mereka.



Akhir kata, anggaplah mertua seperti ibu dan bapa sendiri. Sebagai menantu, isteri tidak sepatutnya ada istilah menyakitkan hati mertua kerana ianya seperti menyakitkan hati ibu bapa isteri sendiri.

Sebaiknya sebagai seorang isteri patut menjaga tertib dengan hubungan bersama mertua dalam menjaga hati, harmoni kekeluargaan dan silaturahim dengan mertuanya.

Langkah menghindari diri pulang ke kampung atau jarang pulang ke kampung hanya akan menjauhkan perhubungan di antara isteri dan mertua dan ia bukanlah alternative terbaik.

Oleh hal yang demikian, segala masalah di antara menantu dan mertua perlulah diselesaikan dengan baik dalam suasana yang damai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,570 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen