17 Perkara Lelaki Suka Ada Kat Perempuan.

 

Semalam aku saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan aku, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers minggu depan. tiba-tiba aku terbaca satu artikel yang sangat menarik. dalam artikel tu dinyatakan apa yang lelaki tak suka dan apa yang lelaki suka tentang perempuan. whoa, this is so fucking HOT mannnnn ! mungkin tak semua laki berpandangan macam nie, tapi aku rasa majoriti kot ! lepas baca artikel tu, aku buat penilaian sikit lah kat diri aku dengan boyfriend aku tu. saja je lah kot-kot boleh lah nak menggembirakan hati yang tengah bersedih nie kan. hey, check it out.



Lelaki suka perempuan yang :-

1. Bersikap kelakar.

Lelaki suka perempuan yang kelakar dan tak control cun je sepanjang. Tak kisah lah perempuan tu tak cantik ke..gelap ke..gemuk ke..tapi bila perempuan tu jenis yang kelakar dan lucu, dia mampu menarik perhatian lelaki. Kalau masa makan atau masa bercakap dengan lelaki pun nak control cun je memanjang, rasa annoying dan membosankan ye tak? Just be natural!

2. Berbudi pekerti.

Yang ni dah tentu WAJIB perlu ada kat semua perempuan. lelaki mesti suka perempuan yang ada adab, bersopan-santun dan berbudi pekerti. Tak semestinya kena berbudi pekerti dengan lelaki je, dengan semua orang pun harus jugak. Even dengan kucing-kucing gemok yang sedang kekenyangan di rumah anda tu!

3. Murah hati.

Jangan jadi kedekut lah, bukan elok sangat pun. Mungkin hati lelaki akan tersentuh bila tengok perempuan yang suka menderma dan menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan. Kalau dengan orang lain pun anda nak berkira, memang rejected lah weh. Even yang duit sen-sen pun anda nak berkira, memang annoying dowh.



4. Senyuman manja.

Senyuman manja nie kene ikhlas. Bukan masa anda nak mintak teddybear lah rantai lah baru nak buat senyum-senyum manja. Bila anda senyum, orang lain boleh tau yang senyuman anda tu ikhlas dan tulus lahir daripada hati. Kalau senyuman yang sumbing sampai ke telinga tu, tu senyum gedik mintak kena penampor namanya.

5. Tahu memasak.

Yang nie WAJIB kena ada kat semua perempuan. huishhh..mak aku kalau tau anak-anak dia tak pandai memasak, memang dia bising habis. Bingit telinga nak dengar dia membebel. Kalau anda tak tau memasak, kena amik inisiatif belajar lah weh. Jangan malas okay. Nie tidaknya..pantang nampak kuali je mesti rasa nak tido tak pun bila pegang sudip je mesti tangan nak terketar-ketar. Tambat hati lelaki dengan masakan hasil daripada air tangan anda sendiri, mesti dia sayang lebih punya lah.

6. Pandai dalam menggayakan pakaian.

Lelaki suka tengok perempuan yang pandai menggayakan pakaian dia. Mix and match! Pandai bergaya ikut tempat dan masa. Ikut perkembangan semasa, tapi yang penting jangan melampaui batasan sudah lah. Perempuan kalau nak bergaya pun kena bijak jugak, jangan anda main taram je amik baju itu baju ini. Karang jadi macam clown, anda jugak yang termalu sendiri.

7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya.

Kalau lelaki tu bercitarasa perempuan yang bertudung labuh, then dia akan suka tengok perempuan yang bertudung labuh je. Perempuan lain seksi meksi hot gebu macam mana sekali pun, dia pandang sebelah mata je. Perasan tak, bila perempuan bercakap pasal perempuan lain, mesti ada nada tak puas hati. This is funny okay..Contohnya, kalau perempuan free hair tak puas hati dengan perempuan bertudung dia mesti cakap macam nie, "hishhhh..minah tu pakai tudung bukan lawa pun, aku lagi lawa dan itu fakta, tapi apesal laki tu pilih dia jugak ha??".



8. Tidak mudah naik angin.

Yang nie aku selalu buat kat boyfriend aku. Pantang dia lambat ke terlupa ke tak setuju dengan aku ke..aku mesti cepat gila naik angin. Lepas tu membebel-bebel macam orang gila. Tapi tak sampai 20 minit lepas tu aku dah boleh elok macam biasa balik. Sorry lah fakrul adli, saya tak nak buat lagi dahhhhh. Janji tak buat lagi ! sob sob sob

9. Tidak terlalu seksi dalam pemakaiannya.

Fine..lelaki memang dah nyata suka tengok perempuan seksi meksi nie. Perempuan tu tayang lurah dada, tayang lurah bontot..semua tu memang lelaki suka. Tapi hakikatnya, lelaki hanya suka gitu-gitu je. Kalau gitu nak buat bini, rejected lah jawabnya. Kalau tanya lelaki pun, mesti diorang akan jawab with this typical answer.."aku akan pilih perempuan yang sopan pemakaiannya..biarlah sedap mata yang memandang".

10. Tak mengharap semua benda lelaki yang kena bayar.

Lelaki harus jadi gentlemen dengan perempuan. Tapi perempuan pun jangan asyik dok mengharap dan menunggu lelaki je yang bayar semua benda. Kongsi-kongsi lah beb. Kalau tadi lelaki dah belanja makan Mcd, amik lah giliran dan anda pulak yang belanja untuk tiket wayang. See ? saling membantu. Lelaki pun senang je dengan perempuan yang murah hati dan tak berkira macam tu. Perempuan pun kena paham lah, takkan nak semua tanggungjawab letak kat lelaki ye tak. Nanti dah kawin, susah lah kalau laki je yang nak tanggung semua. Perempuan tugasnya membantu meringankan beban lelaki, bukan makin menambah beban dan menyusahkan lelaki.

11. Rapat dengan ibunya dan ada ciri keibuan yang tersendiri.

Lelaki suka menilai perempuan dalam aspek nie. Kadang-kadang ada sesetengah lelaki boleh jatuh cinta dengan perempuan yang penuh dengan ciri keibuan je. Lelaki tak payah susah-susah tengok benda lain, bila dia nampak ciri keibuan dan kasih sayang banyak ada kat perempuan tu, dia dah boleh nampak yang perempuan tu mampu jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak dia nanti. Selalunya ciri keibuan nie memang dah ada dalam setiap perempuan, cuma nampak tak nampak je.

12. Cekal dan tak mudah mengalah bila berhadapan dengan situasi tertekan.

Lelaki tak suka perempuan yang lemah dan cepat putus asa, terutamanya bila tengah berhadapan dengan apa jua dugaan atau situasi tertekan. Lelaki pun adakalanya dia akan rasa lemah dan cepat putus asa, so sebab tulah lelaki memerlukan perempuan yang berkeyakinan tinggi dan kuat semangat untuk tolong beri dia kekuatan. Ni kalau lelaki dan perempuan pun lemah semangat, memang tak jalan lah weh. Lelaki suka tengok perempuan yang tak pernah kenal erti penat untuk berusaha, walaupun dia tau perempuan tu takkan mampu dapat apa yang dia nak.



13. Tahu menjaga maruah diri sendiri.

Perempuan kena tahu jaga diri sendiri, maruah itu penting weh. Kalau nak pegi mana-mana, perempuan akan dilihat dan diperhatikan. Lelaki tak suka tengok perempuan yang suka memalukan diri sendiri atau dah tak ada sifat nak menjaga maruah dirinye. Contohnya, perempuan bersosial atau kaki clubbing bla bla bla..selama mana anda nak sedar diri daripada terus jadi perempuan yang dilabel sebagai kaki clubbing ? Lelaki takkan pilih perempuan yang macam tu sebab dia tahu nanti dia yang akan bertanggungjawab untuk jaga isteri dia. Take note benda nie, perempuan baik untuk lelaki baik, dan macam tu lah jugak sebaliknya.

14. Sentiasa berada di sisi tak kira masa senang atau susah.

Yang nie pun sangat penting. Tak kira masa senang atau susah, perempuan harus ada disisi lelaki setiap masa. Jangan masa senang je anda nak tunjuk diri yang anda adalah perempuan paling caring, tapi bila tiba masa susah, habuk debu anda pun tak boleh dikesan. Masa senang, anda lah orang yang paling penyayang, pijak semut pun tak mati, bla bla bla..fuck gila lah perempuan yang macam nie. dengan sikap nie, lelaki boleh nilai sejauh mana perempuan tu sayang dan jujur dengan dia.

15. Tidak suka berleter.

Sob sob sob..aku selalu buat benda nie weh. No comment! Perempuan memang betul-betul style pendiam je yang tak suka buat benda nie, sendiri ingat lah ye. But wait..benda nie normal kan untuk semua perempuan, watcha say? tak boleh aku nak mengelak. kahkahkah ! *berusaha membela diri sendiri*

16. Sediakan keperluan lelaki tanpa disuruh.

Kalau tengok lelaki tu terbatuk-batuk, gosoklah belakang badannya untuk mengurangkan keperitan batuk dia takpun bagi terus ubat yang boleh melegakannya. Kalau tengok lelaki tu lapar, berilah dia makan walaupun tak seberapa. Kalau tengok lelaki tu berpeluh-peluh sebab penat, lapkan lah peluh kat leher dan dahinya untuk membuat dia berasa senang. Sekurang-kurangnya anda tau apa yang dia perlu dan apa yang dia tak perlu kan ?

17. Mengambil berat tentang lelaki.

Yang ni pun rasanya tak perlu lah aku nak explain panjang lebar. semua orang tahu, even perempuan pun suka lelaki yang mengambil berat ye tak. Aku pun suka lelaki yang mengambil berat, sebab dari situ aku boleh nampak yang dia mampu menjaga aku sampai bila-bila.*sebab tetiba*

Warghhhh..banyak gila. Tak sangka lelaki nie agak cerewet kan? kahkahkah! Relaks, ni hanya pendapat yang diberi oleh sesetengah lelaki. Maybe ada lelaki yang tak macam nie..maybe ada lelaki yang suka benda-benda yang lebih hardcore kat perempuan, who know? Tu semua terpulang pada setiap individu menentukan apa yang terbaik untuk diri masing-masing okay. Aku dah penat menaip sebenarnya nie. Alasan ! nanti aku akan buat entri sambungan untuk entri nie. Entri sambungan nanti aku akan bagitahu pulak apa yang lelaki tak suka tentang perempuan. So stay tune! Aku harap entri nie berguna untuk jadi panduan kot-kot lah anda nak jadi bakal isteri or girlfriend yang terbaik. Aku pun banyak belajar tentang lelaki melalui artikel yang aku jumpa tu. Kita share, kita share..bak kata member aku yang bernama sue sempoi! hehehe..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,471 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen