“Perkahwinan Itu Sebahagian Daripada Komitmen Kita..” Tetapi Kenapa Kita Sukar Untuk Buat Komitmen Ini?

 

Komitmen adalah satu perkara dimana kita perlu melakukannya dengan konsisten dan amat memerlukan tanggungjawab yang besar daripada kita. Sekiranya, kita tidak rasa ada tanggung jawab dalam diri, memang sukar sebenarnya untuk buat satu komitmen.

Aspek apakah yang berkaitan dengan komitmen ini?

  • Kerjaya.
  • Keluarga.
  • Kewangan.

Namun, isu sebenar dan yang paling popular dikalangan kita adalah komitmen yang berkaitan dengan perkahwinan. Perkahwinan yang melibatkan dua jiwa, dan perlu ada rasa tanggung jawab untuk melindungi dan menjaga antara satu sama lain.

Tahu sahaja maksud perkahwinan, memang ramai dikalangan kita terketar, gementar dan tidak senang duduk. Yelah, nak jaga diri sendiri pun tak terjaga, inikan pula nak jaga anak orang pula, kan?

Jadi, Apa Sebenarnya Yang Membuatkan Kita Sukar Membuat Keputusan Untuk Berkahwin Sebagai Komitmen Diri Ini?

1. Takut.

Perasaan yang paling tipikal kita sering rasakan adalah TAKUT. Terlalu banyak perkara yang kita takut sehingga kita menjadi terlalu stress dengan kehidupan sendiri. Apabila perasaan takut ini membelenggu diri, sudah pasti kita ingin keluar daripada perasaan takut ini.

Jadi, dengan jalan mudah adalah tidak memikirkan hal kahwin sehingga entah bila, kita pun tidak tahu. Hanya berserah pada Allah itulah jalan yang terbaik.

2. Terlalu selesa.

Di samping itu, kita tidak mahu memikirkan hal kahwin kerana kita terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. Terlalu selesa hidup single sehingga tidak mahu fikir hal kahwin. Seperti point di atas, asal sahaja fikir pasal kahwin, pasti kita akan berasa takut. Jadi, untuk buang rasa takut ini, kita tidak mahu keluar daripada zon yang selesa ini.

3. Tidak berdisiplin.

Antara sebab kenapa dikalangan kita takut berkahwin adalah takut untuk rasa disiplin. Ramai dikalangan kita sebenarnya terkandas dalam perkahwinan kerana tidak disiplin untuk mengenali pasangan masing-masing.

Berubah sahaja sikap pasangan, terus mahu berpisah dan mengatakan tidak serasi, walhal kerasian dalam perkahwinan itu tiada tarikh luput.

Bukannya, dah kenal hari ni, sikapnya pasti tidak akan berubah, TIDAK! Ubah lah mindset sebegitu, perkahwinan sebenarnya untuk pasangan suami isteri mengenali hati budi masing-masing sampai ke akhir hayat.

4. Tak suka dengan risiko.

Perkahwinan itu sebenarnya satu cabaran, jadi ia boleh dianggap satu risiko. Tetapi ia adalah risiko ke jalan yang baik kerana kita mahu melahirkan generasi baru yang cemerlang. Ada juga sebahagian daripada kita terutamanya golongan wanita, tidak mahu berkahwin kerana takut dengan risiko untuk melahirkan anak.

Ini juga adalah salah satu faktor ketakutan yang digeruni oleh ramai wanita. Selagi anda tidak berada dalam alam perkahwinan tersebut, sebenarnya sampai bila-bila anda akan takut dengan risiko ini. Jadi, anda perlu berani dan yakin!

5. Tidak yakin.

Dan yang paling utama kenapa kita sukar untuk membuat keputusan ini adalah adanya rasa tidak yakin dalam diri. Memang tidak yakin dapat menanggung komitmen ini. Oleh sebab itu, jodoh sebenar yang datang pada kita adalah insan yang dapat membuat kita yakin untuk berkahwin. Sekiranya si dia membuatkan anda tidak yakin, kemungkinan besar itu bukan jodoh anda.

Wallahu’alam.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen