Jangan Kecewakan Hati Setiap Wanita Yang Ada Di Sisi Kita, Hargai Mereka Dan Luangkan Masa Bersama. Mereka Belum Tentu Selamanya Dengan Kita.

 

Setiap lelaki yang berjaya itu, akan ada wanita di belakangnya. Wanita itulah yang akan menjadi penyokong, tulang belakang malah permberi semangat kepada lelaki tersebut. Tidak hanya itu, wanita itu jugalah yang akan setia berada di sisi lelaki tersebut disaat susah dan senang.

Wanita ini pelengkap hidup seorang lelaki, malah dia sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang mereka kasihi itu.

Tidak kiralah dia merupakan ibu atau isteri, mereka ini sebenarnya sumber kerjayaan dan kekuatan kita pada hari ini. Semoga perkongsian Ariff Ismail ini membuat kita lebih menghargai insan yang bernama wanita di sisi kita.



WANITA TERAGUNG

"Di sebalik semua lelaki di dunia..Pastinya ..didukung seorang wanita..Dia berkorban untuk..Memberi yang mampu..Demi insan yang disanjung dalam hidup.. "

Kita tak boleh nafikan, dalam hidup kita sentiasa di bayangi dengan "wanita". Dari hari pertama kejadian kita ada dalam rahim seorang wanita..menumpang selama 9 bulan 10 hari di sana.

Bila menerjah ke dunia, susu pertama kita dari seorang wanita. Wanita ini juga yang berkorban nyawa untuk lahirkan kita ke dunia. Bersengkang mata menjaga kita dari hari pertama kita lahir hingga kini.



Bila dah besar..sakit kita cari mak..happy kita cari gilrfriend/bini. Kita kecewa call mak..kita gembira kita call gilrfriend/bini. Tapi mak tetap setia ada untuk dengar segala rintihan kita.

Namun brother, hidup kita tetap dikelilingi seorang wanita, yang bergelar ibu, bergelar kakak, bergelar isteri, bergelar teman dan juga bergelar adik. Dalam kehidupan kita mesti ada wanita disisi.

Seorang lelaki tidak boleh menafikan yang kejayaan kita hari ini didokong oleh seorang wanita. Berjaya kita hari ini jasa seorang ibu yang berkorban segalanya membesar kan kita.

Tinggi nya kita sekarang atas sokongan tak henti henti seorang yang bergelar isteri. Berusaha kita hari ini atas semangat dari seorang kakak/adik perempuan kita.

Namun apa yang dipinta oleh seorang wanita dari seorang lelaki yang di hormati mereka? Adakah layanan bak sang Permaisuri? Atau layanan ibarat di dalam syurga? Hiasan emas berlian bak putri raja?

"Tenangkan hatinya bila resah...Setia didalam ceria dan gundah...Itulah saja balasan diminta Seorang wanita"

- Petikan lirik : KRU : Wanita -

Tidak wahai lelaki teragung sekalian, bukan itu yang dipinta seorang wanita dari kita. Mereka hanya dambakan kita ada disetiap saat duka gembira depa. Depa nak kita sentiasa menjadi penyejuk hati mereka dikala gundah.

Bukan layanan istimewa, bukan emas berjuta yang dipinta. Hanya secebis ruang dihati kita untuk mereka singgah dan bersemayam. Tunjuk kan lah kasih sayang kita pada mereka.



Wanita ni memang tak lari dari emosi, dari rajukan, dari keluhan. Namun bukan sengaja atau tanpa sebab mereka begitu. Selalunya, mungkin kita terlepas pandang apa yang di pinta oleh hati seorang wanita.

Macam kakak saya, ada masa mood dia swing, tiba tiba nak marah tiba tiba sedih tiba tiba emosi. Tapi saya tak kisah pon, dah nama pon wanita memang tak lari dari sifat tu. Tapi kita sakit ke, putus cinta ke, tgh bercinta ke, kecewa, dia tetap ada jadi pendengar terbaik.

Masih saya ingat kata kata arwah emak saya, " mak bukan nak harta korang, mak dapat lihat korang berjaya pon dah cukup". Kata kata ni membuatkan setiap kali saya merangkul kejayaan. Saya nampak wajah mak saya sedang tersenyum bangga melihat saya.

Selalu saya berkata dalam hati " kan best kalau mak ada lagi ". Tapi hakikat nya dia telah tiada. Allah pinjam kan ibu saya sementara sahaja. Namun kenangan dan didikan dari "wanita" ini yang menjadikan siapa saya sekarang.



Jangan kecewakan setiap hati wanita yang ada dengan kita. Hargai mereka masa mereka masih bersama kita. Luangkan masa untuk meraikan mereka. Kerana kita bukan selamanya ada mereka di sisi kita.

Pada yang masih mempunyai emak, santuni mereka, belai lah mereka selama mereka bernyawa. Kerana bila tiada seorang yang bergelar ibu disisi, maka hilang lah satu keberkatan dunia yang Allah pinjamkan pada kita. " DOA SEORANG IBU " .

Hargai wanita, kerana mereka lah cahaya hidup kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen