Isteri Ini Bila Emosi Mereka Penat, Segala Sikap Dan Perangainya Akan Keluar Macam Nak Membaham Suaminya.

 

Nak kahwin ni kenalah kenal orang perempuan itu macam mana. Mereka ini memanglah kelihatan kuat dari luarannya tapi emosi mereka ini sentiasa berkecamuk. Itu yang kadang-kadang mereka ini akan membebel tak berhenti malah akan tiba-tiba tarik muka.

Bila mereka tengok ada je yang tak kena tuh, mula lah kena fikir kenapa dia bertindak seperti itu. Jangan abaikan perasaannya, nanti lama-lama akan semakin melarat.

Nak jadi suami kenalah kuat dan tahan sabar, barulah hubungan yang terbina itu lebih mudah dirasai kasih sayang. Macam kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa ini, kalau suami tak sabar dan tak dengar isteri dengan baik, suami pun boleh naik melenting sama.



Saya pakai baju macam biasa.

Isteri nampak terus tanya..

“Kenapa pakai baju tu?”

Saya tengok baju yang saya pakai. Ya! Saya sedang memakai baju. Apa salah baju ni. Ini kan baju yang biasa saya pakai? Saya tanya diri. Buruk padahnya kalau tanya isteri.

“Oh, takpe. Abang pakai baju lain ek”

“Takyah lah. Pakai je baju tu”

Baik. Baru nak buka sarung balik.

“Bagi sup tulang dan nasi satu!”

Order di kedai makan.

“Kenapa order sup tulang je? Cuba abang makan lain plak!”

Allahu, nak makan pun tanya lagi.

“Kalau camtu, abang tukar makan lain lah ya”

“Tak yah. Susah plak nak tukar-tukar. Makan je”



Bergetar rasa iman. Terbayang syurga yang akan didiami. Terasa burung-burung turut menyanyi supaya kurang rasa nak kakikan isteri.

Sebelum tidur, isteri diam di hujung tv.

Ni kalau pejam mata terus, memang mimpi ngeri. Baik tanya dulu, walau berhadapan saat ni, Allah je yang tahu sukarnya nak hadapi.

“Saya tidur dulu ya”

Sambil hulur tangan pada isteri.

“Tidur je tahu”

Allahu, dah malam tidurlah sayang. Nak main teng-teng ke?

Saya duduk depan isteri. Saya lihat wajahnya. Saya tatap matanya. Saya tak usik apa-apa walau tangannya.

Saya cuma kata,

“Abang ni lelaki. Lelaki yang suami. Banyak perkara yang boleh abang hadapi, tapi abang memang lemah untuk menghadapi isteri. Kalau ada terasa, abang minta maaf. Kalau ada tak cukup, mintalah. Abang akan usaha. Kalau semua tak sempurna, doakan itu pada Tuhan kita”

Isteri perlahan-lahan pegang tangan.

Meletakkan kepala di bahu.

“Maafkan saya. Saya penat”

Ya, hanya itu sebenarnya isteri kita. Dia penat.

Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar dan membaham suaminya.



Kadang suami mampu diam.

Kadang suami tak faham.

Kadang suami tak tahan, lalu keluar dan tinggalkan.

Sebab itu, kitalah yang kena hadapi mereka. Kitalah yang kena dengar mereka. Kitalah yang kena sabar dan kebal hal ni.

Jika tidak, kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan page KRT dan segala keluh kesah di fb.

Sungguh, rumahtangga benar ujian. Ujian yang membuatkan suami dan isteri akan sangat dekat dengan Tuhan.

Sangat mendidik dan menghiburkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,644 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen