“Ada Masalah Rumah Tangga Ceritalah Pada Allah, Ia Untuk Suami Isteri Bergandingan Menyelesaikan Masalah” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Sebagai manusia biasa, setiap kali kita dilanda masalah, kita pasti akan meluahkan perasaan tersebut pada insan yang rapat. Itulah cara mudah untuk menyelesaikan satu masalah. Namun, ada juga dikalangan kita yang salah percaturan, dimana meluahkan perasaan dan masalahnya pada orang yang salah, malahan di medium yang salah juga.

Iaitu di sosial media.

Isu ini menjadi semakin hangat sekiranya masalah tersebut adalah masalah rumah tangga sendiri yang ingin di war-warkan di sosial media, dimana ia sebenarnya tidak molek.

Sebenarnya ada cara untuk kita selesaikan masalah rumah tangga dengan betul, iaitu dengan menceritakan segala hal suami isteri pada Allah SWT, seperti perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar ini…

********

Ummi selalu pesan; “Cerita hal rumahtangga ini dengan Allah. Dia yang izinkan ujian ni, Dia juga ada jalan selesaikan. Jadi minta dengan Dia.”

Rumahtangga mana yang tidak diuji Tuhan. Mesti ada sahaja yang Tuhan beri, supaya kita suami isteri saling bergandingan selesaikan setiap liku ujian.

Maka, atas setiap ujian, suami isteri kena sama-sama berdoa dan merintih, minta Allah yang tolong selesaikan urusan rumahtangga kita.

Ummi pesan juga, “isteri kita ini manusia, dia ada hati. Kena ingat hati ini milik Allah. Kalau hari ini dia marahkan kita, kita cuba pujuk dia tak pedulikan, berdoalah.

Kita minta pada yang menjadikan hati isteri tu. Kita merayu pada pemilik sebenar hati tadi. Pada Allah. Usah rasa kita pandai selesaikan semua benda.”

Kawan-kawan yang dikasihi, nak fahamkan begini;

1. Tuhan kalau nak bolak balikkan hati, bila-bila Dia boleh buat.

Sekarang isteri marahkan kita, kita minta Tuhan lembutkan hati dia dan terima maaf kita.

2. Buat sedikit tebus dosa kita, pergi sedekah atau pergi cuci tandas masjid contohnya.

Sebagai tanda usaha kita ke arah kebaikan. Lepas tu cubalah berbincang balik. InsyaAllah Tuhan akan mudahkan. Kan hati itu milik Dia.

3. Elakkan sekali-kali pergi bercerita masalah rumahtangga kita ke kawan-kawan berlainan jantina, yang tak ada kena mengena hubungan dengan kalian.

Bahayanya besar!

Contohnya suami ada masalah terus keluar rumah, pergi cerita dekat kawan perempuan. Bukan selesaikan masalah, ini menambah beban. Begitu juga isteri, jangan bawa cerita gaduh dengan suami ke bos lelaki dekat pejabat. Masuk mulut buaya namanya.

4. Atasi setiap ujian rumahtangga, penghujungnya suami dan isteri semakin mengenali kekurangan diri.

Bertambah pandai juga menerima setiap yang lemah.

5. Tuhan tak akan sia-siakan setiap perkara yang terjadi.

Sekali pun sebuah kisah pergaduhan dalam rumahtangga. Mesti ada benda baik dihujungnya nanti.

Percayalah!

Meniti banyaknya cerita tentang rumahtangga.

********

Semoga Kita Dijadikan Insan Yang Tidak Suka Mengadu Domba Masalah Rumah Tangga Pada Serata Dunia!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen