Lelaki Ini Kongsikan Sebelum Umur 35, Kita Kena Ada 5 Perkara Ini. Sempat Ke?

 

Sebagai jiwa muda remaja, kita memang sentiasa mahu kan keseronokan dalam kehidupan. Tanpa keseronokan, kita seolah-olah lesu dan lemau, kerana tanpa hiburan, kita ibarat tiada ‘Life’. Selama mencari keseronokan tersebut, pernah atau tidak kita terfikir untuk mencapai misi atau matlamat hidup?

Matlamat dimana untuk memberi keselesaan pada masa hadapan?

Ke dah tak sempat, sebab esok umur dah cecah 35?

Sepatutnya semakin lama umur kita semakin meningkat, kita perlu fikirkan 5 perkara ini untuk masa hadapan seperti perkongsian dari saudara Harith Faisal ini…

********

"Kau kena ada 5 benda ni sebelum 35 tahun."

“Kalau tak dapat juga kena buat apa?”

“Kau kena menggelabah. Hahaha!”

Image may contain: text and outdoor

Anyway, mana yang kau dah capai sekarang ni? Sempat ke nak capai semua sebelum umur 35 tahun?

1. Duduk rumah yang selesa.

Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Anak-anak pun dah mula sekolah. Leceh kot nak pindah sana sini.

Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan?

Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya. Macam mana nak kira? Kau boleh follow formula, rumah untuk duduk sendiri ansuran bulanan tak lebih daripada 30% gaji bulanan.

2. Dua rumah untuk pelaburan.

Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik.

Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.

Kalau rasa tak nak jual pun, kau layanlah penyewa sampai 35 tahun. Tahu-tahu, hutang rumah dah habis dengan bank. Harga rumah kau pula dah naik berganda-ganda.

3. Simpanan enam bulan gaji.

Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni. Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan.

Bila kau cemas, kau pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan!

Lagi satu pasal kad kredit. Kad kredit ni bagus sebenarnya sebagai pengganti cash. Jadi, jangan jadikan kad kredit sebagai fasiliti untuk berhutang setiap bulan ya.

Gila kau, bank untung banyak gila kalau kau berhutang dengan kad kredit ni tau. Berbelas-belas % bank profit.

4. Simpanan bulanan tetap.

Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik. Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji.

Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

Kalau ada masalah menyimpan, maksudnya kau kena buat dua perkara ni iaitu, kurangkan belanja dan tambah pendapatan. Kau jangan tanya saya macam mana, banyak sangat caranya.

5. Kereta yang memuaskan.

Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best.

Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.

Syaratnya macam biasa, ikutlah formula harga kereta tak lebih daripada gaji setahun, atau ansuran bulanan tak lebih daripada 15% gaji sebulan. Kau takkan terbeban sangat.

Nak capai semua ni mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!

Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 poin kat atas tu.

Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak. Ops! - HF

Nota: Kalau kau dapat capai semua ni pada umur 30 tahun lagilah bagus. Takda siapa nak halang kau. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus. Nanti saya tulis lebih detail macam mana nak dapat semua ni dalam posting yang lain.

********

Semoga Kita Diberi Kesedaran Untuk Mencegah Tabiat Buruk Kita!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen