Antara Adab-Adab Apabila Menziarahi Orang Sakit.

 

Setiap perkara atau urusan yang kita lakukan, semuanya perlukan adab. Adab ini yang menunjukkan bahawa kita adalah individu yang bermoral dan berakhlak. Antara semua urusan itu termasuklah dalam menziarahi orang sakit.

Jadi, adab-adab yang perlu kita lakukan apabila menziarahi orang sakit adalah seperti perkongsian dari Ustaz Emran ini…

1. Berbuat Baik Dengan Mereka.

Orang yang sakit ialah mereka yang diuji oleh Allah atau ditimpa musibah. Kita disuruh berbuat baik kepada mereka dan mengurangkan beban penderitaan mereka.

Bahkan di dalam hadith yang sahih ada menyebut bahawa berbuat baik atau menjaga mereka dengan baik adalah penyebab kita mendapat pertolongan dan rezeki.

Nabi SAW bersada;

“Bukankah kalian dibantu dan diberi rezeki (oleh Allah) semata-mata disebabkan kewujudan orang yang lemah di kalangan kalian?” [HR Al-Bukhari]

2. Pilih Waktu Yang Sesuai Untuk Ziarahi Mereka.

Menjaga orang yang sakit atau menziarahi mereka amatlah bergantung kepada 'perkara yang lebih memberi manfaat kepada kebajikan mereka' bukannya berdasarkan apa yang lebih menyenangkan kita.

Pilih waktu yang sesuai dengan kebajikan mereka untuk pergi menziarahi mereka bukannya pergi ziarah dengan waktu yang semata-mata sesuai untuk diri kita.

Inilah kesilapan yang dilakukan oleh ramai orang.

Tidak mengutamakan kebajikan orang sakit.

Image result for menziarahi orang sakit

3. Jangan Ziarah Dengan Bergelak Tawa Tak Ingat Dunia.

Orang yang sakit, sedang diuji fizikal dan emosinya dengan rasa derita, sengsara dan kepenatan melawan rasa sakit. Kedatangan kita yang mahu menziarahi tanpa memahami 'fiqh orang sakit' atau ada rasa 'common sense' hanya akan menambah beban pada si pesakit.

Datang untuk menunjukkan betapa sihatnya kita, seronoknya hidup kita, bergelak ketawa, berbicara yang meletihkan pesakit hanya menjadi petanda kejahilan seseorang terhadap fiqh orang sakit.

Datanglah kepada orang sakit untuk mendengar aduannya, merasai deritanya dan sebagai tanda sokongan untuk dia menghadapi ujian dan dugaan dari Allah, supaya dia bersabar dan bertabah.

Bukan datang kepada si sakit untuk dia pula mendengar celoteh kita yang sihat itu.

4. Jangan Memberi Tips-Tips Kesihatan Atau Petua Penawar Kepada Orang Sakit.

Mereka sedang menderita sakit dan tidak mempunyai kemampuan, mood atau kekuatan emosi untuk mendengar cerita orang lain sembuh menggunakan produk sekian, ubat sekian, ramuan sekian...

Jika mereka tidak mahu mendengar, itu akan melukakan hati tetamu atau orang yang memberi tips, konon kami niat baik ni mahu tolong. Tetapi jika pesakit melayan maka dia pula yang akan semakin tertekan dan celaru dengan keadaan sakitnya.

Pendek kata,

"Orang yang tidak merasai (sakit) tidak akan mengetahui (macam mana rasanya)....

Cuba kamu terbaring sakit pula, baru kamu tahu apa rasanya apabila orang suruh makan ubat ini dan itu, cuba petua ini dan itu....

Hendak membantu boleh, biar kena cara dengan memberitahu kepada waris atau keluarga si sakit. Biar mereka yang usahakan atau uruskan tanpa membebankan fikiran orang sakit...."

5. Wujudkan Suasana Yang Tenang.

Orang sakit perlu sentiasa ditenangkan kerana mereka memang sentiasa resah, gelisah, tertekan dan sukar merasai ketenangan kerana kesakitan yang dirasai merenggut ketenangan dan keselesaan.

Duduk tidak selesa, baring tidak selesa, mengiring tidak sesuai, bersandar rasa lenguh kaki.

Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya sedang dirasai oleh orang sakit.

Justeru kerana itulah baginda salallahualaihiwassalam apabila menziarahi orang sakit akan menenangkan mereka dengan mengucapkan doa, kata-kata yang positif seperti;

“Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya’Allah”. [HR Bukhari]

Dan juga…

'Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau' [HR Al-Tirmidzi dan Abu Daud]

Sesungguhnya apabila seseorang itu ditimpa sakit, maka semua orang di sekelilingnya itu sebenarnya sedang diuji oleh Allah, orang yang sakit diuji dengan sakit, yang sihat pula diuji dengan terpaksa melayani kerenah si sakit.

Ingatlah,

Bagaimana kamu melayani orang lain begitulah kamu akan dilayan.

Dan Allah SWT berfirman;

"Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Al-Nisa:1)

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,988 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen