Kadang Suami Bukan Tak Nak Tolong Isteri, Tapi Dia Takut Kalau Corak Kerjanya Tak Kena Di Mata Isteri.

 

Isteri-isteri selalu mengumpat suami dalam hati mengenai kerja rumah ini bukan? Berdosa taw mengumpat suami ni, walaupun dalam hati. Yelah mestilah isteri-isteri nak cakap suami tak tolong kemas rumah, lipat baju jaga anak dan bla-bla.

Biasa lah, orang pempuan ini memang banyak mulutnya. Itu yang mengumpat dalam hati pun dan cukup.

Isteri-isteri kena faham, kadang-kadang suami bukan tak nak tolong, tetapi mereka ini takut kalau-kalau apa yang mereka buat itu tak memuaskan hati isteri mereka. Orang perempuan ini kan kalau suami silap sikit dia punya bebalan itu panjang berhari-hari, itu yang suami-suami tak tahan dengar.

Macam yang Farizal Radzali kongsikan ini, memang banyak betulnya pun.



Ok, kali ni kita back up suami pulak ye... Asyik back up isteri je kan... Harap takde la para isteri marah ye...

Suami ni bukan taknak tolong isteri buat kerja rumah. Dia takut sebenarnya. Risau kang tolong kang, corak kerja tak sama Dengan isteri, kena marah gak.

Mana la tak marah isteri tu kan, kalau suruh beli ikan kembung, kembung gak la dicarinya. Kalau takde kembung, dia balik tangan kosong. Suruh beli timun jepun, dibelinya timun biasa. Disuruh beli cabai masak, dibelinya cabai burung. Biasalah tu...



Kalau tolong lipat kain, risau bucu sana tak jumpa bucu sini. Kalau susun pinggan, tak susun sama saiz, sama corak. Bila tolong potong apa-apa, risau silap pisau buah potong ikan, pisau bawang potong sayur pulak....

Ada gak suami yang kecik hati, bila isteri bukak dan lipat semula kain yang suami dah lipat. Dengan alasan suami tu lipat tak elok.

Ada masa (BUKAN SEMUA YE), isteri yang terlalu mempertikai bila suami buat kerja rumah. Banyak yang tak kena dari kena. Tengok baju anak je cukup. Baju siang lain, baju malam lain. Tapi buat si suami, sama je. Alaaa.... Sesekali tu biar je anak pakai pijama di siang hari. Tak cacat pun aihhhh....



Rasanya kalau isteri tak Banyak undang-undang, dan bagi kerja kat suami, suami akan tolong Dengan rela hati. Terutama isteri yang bekerja, panggillah suami tolong buat kerja. Anda dah cukup penat. Biarlah kerja suami tak sesempurna kerja anda, takpe, mula-mula memang begitu. Lama kelamaan nanti, perfect la kerja dia. Hari ni pun ramai je para suami yang pandai buat kerja rumah. Tapi untuk permulaan, kena la suruh hari-hari, lepas 44 hari, Mudah-mudahan dia paham sendiri dah nanti. Kalau dia tak paham jugak, boleh la cop sirim kat dahi dia dah, dia memang malas...

Dan suami pun, kalau hari ni isteri mintak tolong, esok lusa takyah la tunggu isteri minta tolong, terus pergi tanya dia, "ada apa nak tolong yang," kan sejuk hati isteri tu....

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen