Kenal Pasangan Kita Betul-Betul Dulu, Baru Boleh Fikir Untuk Berkahwin.

 

Bercinta, berkahwin dan berkeluarga ini memang kemahuan dan fitrah setiap manusia. Malah, setiap manusia ini sudah tertulis jodohnya masing-masing.

Setiap cinta yang hadir dalam hidup seseorang itu pasti akan membuka satu kebahagiaan buat dirinya tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. Cinta itu satu perasaan yang tulus yang dimiliki setiap insan.

Tapi kena berhati-hati dengan cinta ini. Cina ini mampu membuat seseorang hilang pertimbangan diri, malah ada juga yang hilang rasional diri. Kena hati-hati dengan cinta ini. Cinta ini cukup tajam hingga mampu membutakan sesiapa sahaja. Sebab itu ada istilah “cinta itu buta”.



Jangan terlalu taksub dengan cinta sehingga membawa keburukan kepada diri sendiri atau orang sekeliling. Rasa cinta itu memang bahagia tetapi pada masa yang sama ia bahaya.

Kalau pertama rasa jatuh cinta ini memang indah. Semua perkara rasa bahagia. Bila berjauhan terasa rindu, bila berjumpa masa berlalu begitu laju. Semuanya serba tak kena.



Itu belum lagi rasa, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Cinta ini memang mengasyikkan sehingga tuan empuanya begitu terbuai.

Saat jatuh cinta pandang pertama ini, memang begitu rasa terujanya. Ada yang mahu segera meminang si gadis kerana tidak sanggup berjauhan. Ada pula yang sanggup berkorban segala-galanya demi cinta sejati.

Jangan hanya mendirikan perkahwinan hanya kerana rasa cinta sahaja, hanya tidak mahu menanggung rindu. Cinta yang boleh hadir dalam 2 minit itu mampu menjadi tawar apabila kita tidak cukup mengenali pasangan. Rasa rindu, rasa cinta dan rasa sayang boleh hilang begitu sahaja.

“Lautan apa sanggupku renangiitu adalah janji-janji yang akan diperkatakan dan diucapkan saat manisnya bercinta. Tapi itu tidak cukup untuk kita mempertaruhkan segala kepercayaan dan hidup pada seseorang yang baru beberapa hari sahaja kita kenal.

“Bercinta bertahun-tahun pun, ada juga yang bercerai.”

Bukan disuruh untuk bercinta bertahun-tahun, tetapi kenal dahulu hati budinya, latar belakangnya serta sikap dinginnya. Barulah bila berkahwin nanti kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang pasangan kita. Barulah kita tidak mudah melenting melihat kelemahan pasangan kita.



Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Ini kerana sikap terburu-buru itu hanya membuat kita lebih mudah terpedaya dengan kata-kata manis sahaja.

Betul, selepas berumahtangga baru kita akan kenal siapa pasangan kita, bagaimana orangnya dan sikapnya. Tetapi jika kita kenal dahulu hati budinya, mungkin kita dapat membaca bagaimana orang yang kita cintai itu.



Barulah nanti tidak menjadi masalah walaupun dari perkara yang sekecil-kecil perkara hingga ke besar-besar perkara apabila ia tidak kena di mata dan hati masing-masing. Perkara sebegini akan menjadi lebih rumit lagi apabila sudah berkahwin.

Dalami dahulu hati budi pasangan kita, jangan kerana sedang mabuk bercinta membuatkan kita ambil keputusan yang terburu-buru. Kenal dahulu, barulah rancang ke langkah seterusnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,662 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen