"Wanita Haram Memotong Rambut Pendek Menyerupai Lelaki."

 

Rambut itu adalah mahkota yang sangat berharga buat mana-mana wanita. Walaupun bertudung, sudah tentu mereka ini akan menjaga rambut mereka dengan baik. Ada orang yang kata bahawa lelaki yang memilih wanita bertudung ini sangat beruntung, ini kerana, mereka akan dapat lihat dua sisi yang berbeza selepas berkahwin nanti.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wanita ini akan memiliki rambut panjang, tetapi tidak semuanya. Ada yang lebih selesa jika mereka ini memiliki rambut yang pendek. Hal ini kerana, merasakan ia lebih mudah untuk dijaga dan terasa lebih ringan.



Ada juga di kalangan perempuan, walaupun bertudung dia suka potong rambut pendek macam lelaki. Sekali pandang dah nampak macam lelaki. Dua kali pandang macam pengkid. Tiga kali pandang, tak rasa nak pandang dah.

Eh, tapi bolehkah perempuan potong rambut semacam itu?

Siap bergaya sikat belah tepi, letak gel mencanak berduri lagi. Ada yang tiru potongan jenis Brushed Up, Comb Over, Fade dan bermacam jenis style trending.

Baik, jom kita semak pandangan ulama’ berkenaan hukumnya di dalam Islam. Mari ikuti perkongsian daripada Farid Rashidi. Hadam perlahan-lahan dengan lapang dada.


Hukum Wanita Berambut Pendek.

Para ulama’ menjelaskan wanita fitrahnya memiliki rambut yang panjang.

مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.”
[Hadis Riwayat Imam Abu Daud (4163)]

Justeru, hendaklah perempuan itu menjaga rambutnya dengan baik dan haram memotong pendek menyerupai lelaki. Juga berambut pendek juga seperti meniru mereka yang pengkid tadi. Bererti perbuatan sebegitu dilarang, apatah lagi jika memendekkan rambut dan mendedahkan aurat, lagilah dilarang dan haram hukumnya.

Menurut Syeikh Muhammad Amin al-Syanqiti: “Antara budaya Barat (yang tidak Islamik) ialah apabila wanita memotong rambut sehingga pendek.”

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai dengan suatu kaum maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
[Hadis Riwayat Imam Abu Daud (no.4031)]

Dalam hadis lain, disebutkan bahawa perbuatan itu menyerupai seperti lelaki. Sudahlah haram, berdosa, dilaknat pula.
Allahu Rabbi. Gerunkan?

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Daripada Ibn Abbas r.a: “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
[Hadis Riwayat al-Bukhari (no.5885)]

Yang diharuskan memotong rambut pendek bagi wanita, hanya beberapa situasi:

1. Jika mengalami keuzuran, contoh macam sakit kulit kepala, perlukan pembedahan, diserang kutu bertubi-tubi, atau penyakit melibatkan kepala yang perlu dipendekkan rambut.

2. Pendek yang bersesuaian dengan potongan rambut wanita yang tak menyerupai lelaki. Ini berdasarkan dalil:

وَكَانَ أَزْوَاجُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْخُذْنَ مِنْ رؤوسهن حَتَّى تَكُونَ كَالْوَفْرَةِ
Daripada Abu Salamah bin Abdurrahman r.a, bahawa dia menyatakan: “Para isteri Nabi SAW menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti ‘wafrah’ (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga)."
[Hadis Riwayat Muslim (no.320)]

Konklusinya, para ibu bapa tolong ingatkan anak-anak perempuan ya jangan potong rambut pesen macam itu. Ajarlah dari kecil supaya tak potong rambut ala lelaki, supaya besar nanti dia terdidik untuk menjadi seorang manusia yang tak mengalami krisis identiti jantina.

Meh, bantu share sama-sama perkongsian ilmu berguna ini. Semoga bermanfaat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,829 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen