Jangan Biarkan Anak Anda Trauma, Ibu Bapa Perlu Bijak Awasi Penggunaan Gadget Terhadap Anak-Anak.

 

Bermain gadget terlalu lama sememangnya tidak bagus malah ia akan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Seperti yang sedia tahu bahawa, kanak-kanak ini memang begitu mudah untuk mengalami ketagihan telefon bimbit dan gadget ini.

Ini kerana, sejak kecil mereka sudah terdedah malah ibu bapa juga kurang mengawasi penggunaan gadget terhadap anak-anak mereka. Pelbagai kesan yang telah terjadi terhadap kanak-kanak yang mengalami ketagihan gadget ini.

Sudah tentu, ibu bapa sangat bimbang sekiranya anak-anak mereka ini akan berdepan dengan masalah sebegini, itu yang menyebabkan ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka ini dalam kawalan.

Akan tetapi jangan pula ibu bapa mengambil jalan mudah hingga menyebabkan anak-anak trauma. Seperti baru-baru ini, prank yang dilakukan oleh seorang ibu yang telah di kongsi oleh 64 ribu netizen telah dipadamkan oleh FB berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti.



Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula.

Menurut Public Health Malaysia, penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.

Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan prank yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak?



Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.

TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.

Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.

Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .

Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku.

Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.

Mereka mungkin mengalami,

✔️ Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu

✔️Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk

✔️ Bertindak agresif dan impulsif

✔️ Hilang keyakinan diri

✔️ Mengalami kesukaran untuk tidur

✔️ Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.



TRUST - Kepercayaan

Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?

Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?

Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.

Ternyata, dengan mewujudkan trauma dengan prank matlamat ini tidak mungkin berhasil. Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu dan menginya walaupun untuk tujuan pendidikan.

Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan ibu bapa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,979 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen