Sanggup Buat 2, 3 Kerja Sebab Nak Halalkan Kekasih Hati, Orang Lelaki Kalau dah Betul-Betul Sayang Memang Tak Main-Main.

 

Orang lelaki ini kalau dah sayang mesti berusaha bersungguh-sungguh menghalalkan kekasih hati mereka untuk menjadi isteri yang sah. Jangan pandang rendah atas usaha mereka walaupun mereka ini tidak bergaji besar macam orang lain.

Ada lelaki ini, dia punya berusaha untuk kumpul wang hantaran kahwin memang kadang kala bagai tak masuk akal. Ada yang sanggup kenyangkan perut dengan biskut kering sahaja, ada pula yang lakukan dua tiga kerja bahkan ada yang berkerja 24 jam sehari.

Nampak tak usaha mereka nak halalkan kekasih mereka?



Mereka ini tak kisah pun kena kerja apa sekalipun, dia akan berusaha supaya tak kecewakan pasangan dia. Sebab itu ada yang sanggup ikat perut dan tak tidur malam.

Kekasih hati nak hantaran RM15K atau RM20K tetap sahaja dituruti kerana sayang punya pasal mereka ini sanggup berkorban untuk kekasih mereka.

Ada yang siang untuk kerja sebagai penguatkuasa, bila malam jadi pengawal keselamatan pula. Eh bila masa dia nak rehat? Kerja 24jam sehari memang penat dia tak payah cakaplahkan.



Itu belum lagi yang kerja sebagai pelayan kedai makan. Sehari mungkin boleh dapat RM50 atau RM40 tetapi kalau tunggu gaji ini memang lambat lagilah nak kahwin. Jadi bila habis waktu kerja, mereka ini sambung pula kerja carwash. Penat memang penat kalau diikutkan tetapi demi kekasih sanggup bukan mereka ini.

Itu belum kira lagi yang siang kerja di pejabat, bila malam mereka ini akan buat grab pula. Memang tak rehat lah cerita dia selagi wang hantaran yang diminat kekasih hati itu belum dicukupi.

Nampak tak kasih sayang mereka ini? Sebabkan kekasih hati mereka ini sanggup korbankan keselamatan, kesihatan dan juga masa mereka.

Tapi itulah, rezeki setiap orang itu berbeza-beza. Apa yang penting kita kena sentiasa bersyukur dengan-Nya.

Buat bakal-bakal isteri, kerja apa pun lelaki yang bakal menjadi suami anda, hargailah usahanya. Bahkan bersyukurlah apa yang mereka telah korbankan untuk anda.

Mereka ini telah bersungguh-sungguh untuk membina mahligai bersama anda.



Sentiasa menyokong dirinya malah jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan buatnya. Segala-galanya itu tersangatlah bermakna sebenarnya.

Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan antara satu sama lain, agar setiap urusan akan menjadi lebih mudah dan tidak membebankan.

Jangan hanya tahu nak complain sahaja. Kita pun kena berusaha untuk jaga hati dan mata agar tidak kecewakan mereka yang berusaha menghalalkan kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen