Cium Pipi Dan Dahi Boleh, Mulut Jangan! - Yana Samsudin Tegur Anak Serta Pesan Pada Ibu Ayah Di Luar Sana.

 

Sejak kebelakangan ini bagaikan satu trend pula mak ayah cium mulut anak-anak mereka. Malah ia dianggap perkara biasa seperti tanda kasih sayang kepada anak. Tetapi sayang macam mana sekali pun mak ayah pada anak-anak adalah dilarang untuk cium pada bahagian mulut walaupun anak itu masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Hal ini kerana mulut merupakan bahagian sensitif yang boleh merangsang keinginan syahwat, malah ia melibatkan kebersihan dan kesihatan. Eh macam-macam penyakit boleh disebarkan melalui mulut ini.

Ibu, pelakon dan pengacara Yana Samsudin, 35 ada sedikit memberi teguran dan nasihat buat mereka yang suka mencium mulut anak walaupun usia mereka masih kecil. Menurut ibu kepada Aisy Mateen ini, mulut merupakan bahagian sensitif yang tidak boleh disentuh, dicium dan dipegang walaupun dengan ibu bapa sendiri.



Semalam, anak saya Aisy Mateen tetiba cium mulut saya ketika saya tengah tengok tv.

Saya terkejut. Tak tahu siapa buat dengan dia.

Saya bagitau dia, cium kat pipi dan dahi boleh , mulut jangan!

Kalau ada orang lain nak buat cakap no!! Jerit kuat kuat! Benda tu salah! Bagitau mommy daddy siapa



Yang buat.

Cium pipi dan dahi Mommy daddy, opah dan tok daddy je boleh.

Orang lain jangan....

pastu minta dia repeat apa yang kita cakap atau buat tanda sign...

Hahaha nervous mommy kang tetiba kat sekolah tadika nanti dia cium

Kawan dia pulak tanda sayang...

Ada 2 kali pengalaman, masa mateen umur setahun lebih gitu.

Kat satu kat kedai makan jasmine ttdi. Ada stranger datang buat buat buat berbual dengan kita, dia cakap dia suka budak lepas tu dia kata dia takda anak walaupun dah lepas kahwin. lepas tu dia hulur rm1 kat mateen, then tetiba dia cium mulut maten! Zap!! Dan terus blah!!! In a second! I terpaku terus eh apa ko buat ni?

Terus lap lap mulut mateen dan masa tu perasaan aku macam aku yang kena moles! Eiii rasa nak marah. Sampai rumah tak masih tak boleh terima kenyataan. Rasa nak salah kan diri sendiri teruk teruk...

Ni baru kita yang rasa. Tak tahu lah anak kita macam mana kalau dia ingat.

Satu lagi masa jamuan istimewa di kalangan artis. Yang tu pun sama, berbual dengan saya sambil agah agah budak tetiba cium mulut! Pastu blah laju laju!!! Eh!!!

Dengan bau rokok busuk!

Lepas pengalaman tu, memang berhati hati teruk! Tak bagi sangat dia salam dengan orang lain. Kecuali keluarga.



Mommy nya yang traum4 tau....
ni baru kes kecik..

So hopefuly kalian kat luar tu boleh panjang kan message ni jangan lah menggatal mulut nak cium mulut budak kecik bukan anak ko!

Lepas tu kalau ada dah terkena sebarkan lah secara senyap siapa orang yang suka buat macam tu jika kenalan. Bagi alert orang lain pulak....

Paling tak boleh terima ialah Ayah kiss mulut anak sendiri! Tak kira lah anak perempuan ke atau anak lelaki? Mak pun tak boleh lah buat macam tu, bukan budaya kita dan adab islam! Nabi muhammad pun tak kiss mulut anak perempuan nya!

Ada part yang islam benarkan untuk kita sentuh.

Ubun ubun, tangan dan pipi sahaja...

Saya update status ni sebab teringat perkongsian di fb sahabat saya Akhi Fairuz ... pasal kes kes yang berkaitan dengan pendidikan seksu4l ni ...

Saya sangat support hal berkaitan #PendidikanSeksual terhadap kanak kanak dan ibu bapa!
#TegurDuluSebelumMenyesal

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,560 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen