Nak Rasa Bahagia Dalam Rumahtangga Kena Berani Lakukan 10 Perkara Ini.

 

Apabila berlakunya pergolakan dalam rumah tangga, ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh lagi. Perkara yang kecil itu akan bercambah menjadi besar sehingga tidak tahu bagaimana untuk dibendung lagi. Ini adalah perkara yang berlaku apabila pasangan suami isteri berdepan dengan masalah.



Nak bahagia ini mudah, korang perlu tangani setiap masalah dari awal. Barulah ia lebih mudah ditangani apabila sesuatu yang besar datang secara tiba-tiba. Sayang hubungan suami isteri, tak nak perpisahan berlaku, maka ia perlu bermula dengan kita.

Macam mana? Ini Mohd Fhais ada kongsi sedikit peraturan untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia.



1 - Jangan menipu diri sendiri

Dengan orang lain kita boleh menipu tapi dengan diri sendiri kalau menipu juga maknanya silap besarlah.

2 - Berani luahkan perasaan

Jika marah, bagitahu. Jika sedih bagitahu. Jangan simpan, pendam dan peram dalam hati. Lama kelamaan jadi barah.

3 - Jaga imej semasa di rumah

Imej ni merangkumi tingkahlaku, tabiat, mulut, kesopanan, kerajinan dan penampilan. Sebaik-baik pasangan adalah yang cantik imej di rumah berbanding semasa di luar.

4 - Jangan over jaga imej di luar rumah

Di luar rumah tetap kena jaga imej sebab ini melibatkan aib. Tetapi jangan over. Berpada-pada ikut kemampuan dan jangan sampai mengaibkan.

5 - Keutamaan mestilah pada keluarga

Keluarga mesti no 1. Didik diri jadi yang pertama di hati ahli keluarga supaya ketiadaan kita sentiasa di rindui dan bukan di syukuri.

6 - Boleh bertoleransi

Bersikap lebih kurang sesama pasangan. Hari ni masa dia, hari esok mungkin masa kita pula perlukan bantuan. Sama susah, sama juga senangnya.

7 - Jaga jiwa sendiri

Jiwa sangat penting. Jangan leka bab jiwa. Tanda jiwa kita penat, kosong dan tak bermaya ialah bila kita selalu rasa penat, letih dan tak ada perasaan tanpa sebab. Jaga kebajikan diri sendiri sebelum kebajikan orang lain.

8 - Jaga emosi diri

Nak curahkan kebahagiaan pada orang lain, diri sendiri dahulu kena ada rasa bahagia. Mustahil kita boleh bahagiakan orang lain jika diri sendiri terluka.

9 - Jangan paksa diri

Jika penat rehat. Jika tak suka cakap tak suka. Memaksa diri buat sesuatu tanpa ada kebaikan pada diri sendiri adalah satu kesilapan besar. Kerana bukan sahaja ia memakan tenaga fizikal malah ia memakan jiwa kita jika berterusan untuk tempoh yang lama.

10 - Jangan malas!

Dah berkahwin akan ada tanggungjawab, ada amanah dan ada orang yang mengharapkan kita. Malas ni benih kepada segala kegagalan di dunia!

Wallahu A'lam,



Mohd Fhais
Biasakan buat yang betul, jangan betulkan yang biasa kita buat.

p/s : Teruskan jadi yang terbaik buat keluarga sendiri kerana kalau bukan kita yang jaga keluarga kita siapa lagi kan. Kongsikan semoga manfaat ni tersebar luas.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,007 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen