Terlalu Memilih Pasangan Hidup, Apa Baik Buruknya?

 

Memilih pasangan sudah tentu tidak semudah memilih ikan di pasar. Memilih pasangan ini perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati. Pasangan kita ini akan bersama di sisi kita sepanjang hayat kita. Sudah tentu ia bukan untuk sehari dua sahaja.

Sebab itulah tidak salah kalau korang memilih dan mempertimbangkan banyak perkara agar tidak menyesal dikemudian hari. Tapi kalau terlalu memilih sangat hingga akhirnya membuat diri sendiri yang pun tak guna juga.



Adakah terlalu memilih itu bagus?

Sudah tentulah ia bagus, baik untuk lelaki mahupun perempuan. Perkahwinan ini ibarat perjudian, jadi sudah tentu korang perlu lebih berhati-hati. Orang yang memilih pasangan ini biasanya mempunyai harga diri yang tersendiri malah dia juga seorang yang memikirkan masa depannya kelak.

Cuba bayangkan kalau korang ini begitu mudah menerima ajakkan seseorang untuk bercinta atau berkahwin, sudah tentu ia hanya akan membuang masa sahaja kalau perkara tersebut tidak lama dan hanya membuang masa. Bahkan tidak mustahil jika terlibat dengan orang yang salah. Kalau fikirkan cara ini tidak salah untuk memilih pasangan.

Akan tetapi kalau korang ini terlalu memilih pasangan sampaikan terlalu mengkritik akan perkara-perkara yang remeh ia mungkin tidak sesuai. Ini kerana, tiada manusia yang begitu sempurna.



Apa yang salah kalau terlalu memilih?

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan di University of Western Sydney , didapati bahawa wanita cenderung lebih selektif daripada lelaki. Jo Barnett, seorang ahli terapi romantik Amerika menyatakan bahawa apabila seseorang mencari lelaki dengan senarai keinginan tertentu seperti mempunyai ketinggian 180 cm dengan kumis nipis dan rambut dengan potonganyang dia sukai, dia juga dalam kategori yang terlalu pilih.

Mengapa wanita terlalu memilih adalah mereka ini sentiasa mempunyai satu keinginan lelaki di dalam angan-angan mereka. Akan tetapi perkara ini tidak menjamin untuk dirinya. Biasanya wanita akan mencari lelaki yang benar-benar sesuai dan baik terhadap dirinya. Lelaki juga seperti itu, mereka akan menetapkan satu ciri yang betul-betul mereka inginkan.

Tapi jika terlalu memilih sehingga memkorangng fizikal dan pangkat ini, ia akan memberi kesan kepada diri korang sendiri. Di mana, seseorang yang terlalu memilih ini akan mudah dipkorangng serong oleh orang lain. Maka orang juga akan takut untuk mendekati korang.

Cuba kembali kepada matlamat korang. Apa yang korang inginkan dengan mencari jodoh ini? Bahkan cuba untuk fikir kembali, jika korang terlalu memilih adakah diri korang sesuai buat mereka yang korang mahukan itu?



Petua cari pasangan yang serasi.

1. Miliki prinsip yang sama.

Tak payah terlalu memilih sangat, cuba korang cari yang sama prinsip dengan korang, nanti senang je nak jalani hidup berumahtangga. Nanti korang akan saling memahami antara satu sama lain, ini lagi mudah untuk dibincangkan dan menyenangkan hati.

2. Cari orang yang selesa.

Pasangan kita ini akan hidup sepanjang hayat bersama dengan kita. Jadi adalah lebih baik kalau korang cari pasangan yang korang rasa selesa. Boleh bergurau, merajuk serta menangis bersama. Kalau pasangan serius je pun tak syok jugak kan?

3. Bila bersama jadi diri sendiri.

Tak payah jadi orang lain atau berpura-pura. Bila dengan dia korang boleh jadi diri korang sendiri tanpa membimbangkan apa-apa pun. Jadi setiap baik buruk korang biasanya akan begitu mudah diterima.

Nak memillih boleh tetapi jangan terlalu memilih. Jangan nak betul-betul yang sempurna. Pastikan orang itu menyayangi korang seadanya itu pasti membahagiakan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,422 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen