Eh, Kenapa Mangga Kena Makan Waktu Pagi, Masa Perut Kosong?

 

Yang kita tahu makan epal waktu pagi membantu menjaga kesihatan tubuh badan. Itu selalu sangat kita dengar. Tapi yang jarang kita dengar adalah makan mangga waktu pagi.

Kenapa makan mangga waktu pagi? Waktu lain tak boleh ke?

Boleh je, tetapi seeloknya adalah waktu pagi. Menurut Dr. Rizal Abu Bakar, mangga ini macam booster otak waktu pagi. Banyak sangat nutrien penting untuk otak ada dalam mangga.

Malah akan bertambah lazat kalau dicampur dalam Greek Yogurt bersama madu.



Jelas Dr. Rizal, bab paling menarik mangga ni ada hampir 12 anti oksida.



Ikut laporan jurnal Comprehensive Reviews in Food Sciences and Food Safety tahun 2008 antara anti oksida mangga adalah mangiferin, catechins, quercetin, kaempferol, rhamnetin, anthocyanins, gallic and ellagic acids, propyl dan methyl gallate, benzoic acid, serta protocatechuic acid.

Mana nak dapat lambakan anti oksida macam ni. Mangga jer ada.

Dalam jurnal yang sama disebut mangiferin dapat bantutkan perkembangan sel kanser dan bantu penyakit jantung.
Contoh kehebatan mangga ni untuk keperluan harian atau KH:

1. Vitamin C: 67% dari KH ada pada mangga. Banyak tu. Ambil buah lain sikit kita kita dah top up dan sempurnakan keperluan tubuh untuk hari tu. Vitamin C ni penting untuk sistem imun dan kulit cantik.

2. Copper: 20% KH. Copper yang tidak cukup boleh sebabkan penyakit neurologi seperti neurological disorders including Alzheimer’s, Parkinson’s, Menkes’ and Wilson’s. Pastikan Copper cukup untuk otak.

3. Folate: 18% dari KH. Penting untuk halang plak beta amyloid berkumpul di otak. Beta amyloid,ikut kajian sebabkan penyakit nyanyuk.



Kajian dari Human Nutrition Research Center on Aging, Tufts University, tahun 2004 kaitkan kekurangan folate dengan kemurungan.

4. Vitamin B6: 11.6% dari KH. Penting untuk perkembangan otak.

B6 sangat penting dalam penghasilan neurotransmitters yang kawal emosi kita macam serotonin, dopamine and gamma-aminobutyric acid (GABA).

Kena rajin rajin ambil makanan ada B6 ni.

5. Riboflavin: 5% dari KH. Roboflavin ni bersifat neuroprotective. Dia jaga sel otak.

Kalau kita termakan makanan ada MSG, riboflavin akan bantu redakan gangguan lambakan glutamate. Bahasa sainsnya disebut glutamate excitatory.

Bacaan detailnya boleh rujuk di Frontiers of Neurology tahun 2017.

6. Niacin: 7% dari KH. Niacin ni macam petrol untuk kenderaan. Dia bekalkan tenaga pada mitochondria dalam sel otak. Kalau tak mahu rasa letih ambil makanan ada niacin.

Sebab itu saya ambil coco OCOC waktu pagi sebab kandungan niacin ni.

Kalau kita tengok mangga ni bukan besar sangat. Tapi power pada nutrisinya Subhanallah. Hebat.

Kalau nak makan mangga lepas ni makanlah waktu pagi. Masa perut kosong. Baru kita akan rasa bezanya. Cubalah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,750 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen