Kenapa Ramai Suami Susah Nak Jadi Romantik Selepas Berkahwin? Jom Baca!

 

Lelaki yang romantik adalah dambaan setiap wanita terutamanya selepas berkahwin. Setiap lelaki sebenarnya ada sisi romantik, akan tetapi tidak ramai dikalangan mereka yang menunjukkan sisi ini, mungkin kerana malu ataupun untuk mempertahankan ego sendiri sahaja.

Biasalah lelaki kan.

Namun, ramai para isteri yang mengeluh kerana lelaki yang mereka kenal ketika bercinta amat berlainan wataknya dengan selepas berkahwin. Kenapa ye?

Ini Antara Sebab Kenapa Lelaki Sukar Nak Jadi Romantik Selepas Berkahwin….

1. Fokus yang terlalu banyak.

Faktor utama kenapa lelaki sukar untuk menjadi romantik selepas berkahwin adalah kerana fokus yang terlalu banyak. Tanggungan dan tanggung jawabnya menjadi banyak, dan mereka juga baru tersedar inilah REALITI bukannya FANTASI.

Kalini bukan main-main lagi.

Kalau masa bercinta dulu, memang la romantik, dia fokus pada kekasihnya sahaja. Fokus macam mana nak tarik perhatian kekasihnya. Sebab itu orang yang sedang hangat bercinta, matanya buta dengan perkara yang lain.

Jadi, realitinya begitu banyak tanggungan seperti…

  • Mak ayah.
  • Anak.
  • Kerja.
  • Rumah.

2. Terlupa.

Ini juga adalah situasi yang sangat tipikal bagi ramai lelaki. Kebiasaannya apabila mereka terlalu banyak urusan untuk difokus, mereka akan terlupa sesuatu perkara. Mereka terlupa kerana ia adalah perkara yang tidak penting bagi mereka. Apa yang penting adalah kerja, kerja, dan kerja. Yang utamanya isteri dan anak-anak selamat di rumah.

Belum fikir pasal isteri dan anak-anak lagi, termasuklah ibu ayah di kampung, adik-beradik, kewangan sendiri sehinggakan hal diri sendiri pun turut terlupa. Sebab itu perlu adanya isteri disisi.

3. Tidak ubah mindset!

Seperti point nombor 2 di atas, ia sudah menjadi mindset bagi ramai lelaki bahawa romantik itu adalah perkara yang remeh dan tidak penting. Bila lelaki dah set fikirannya romantik itu perkara yang remeh selepas berkahwin, jadi sampai bila-bila mereka akan berfikiran begitu. Jadi, ubahlah mindset anda sekiranya tidak mahu digelar hanya romantik ketika bercinta sahaja.

4. Nak tunjuk hero depan anak-anak.

Selain daripada itu, lelaki jarang nak tunjukkan sikap romantiknya selepas berkahwin adalah untuk menunjukkan pada anak-anak bahawa dia adalah hero. Lelaki kan ada sikap egonya. Jadi disebabkan ego ini mereka tidak mahu kelihatan lemah dan kalah hanya mahu menunjukkan sikap romantik pada isterinya.

Anggapan sebegini sebenarnya agak kurang benarnya kerana anak-anak akan melihat perilaku ayahnya terhadap ibunya. Hati-hati dalam mendidik anak.

5. Segan.

Antara faktor yang lain adalah ramai suami segan untuk menunjukkan perasaan romantik tersebut. Ayat yang selalu mereka ungkap adalah…

“Dah tua, seganlah…”

“Buang tebiat je…”

Jika inilah mindset dan anggapan semua suami, makan hati lah isteri jawabnya.

6. Buang masa.

Malah ada juga sebahagian suami merasakan bersikap romantik ini hanya membuang masa mereka sahaja. Sekiranya ini yang mereka fikirkan, ubahlah sikap anda sekiranya tidak mahu melihat isteri sentiasa dingin. Semuanya bermula daripada suami, isteri daripada acuan suami, anak-anak daripada acuan ibu bapanya.

Ubah Mindset! Ubah Sikap! Untuk Rumah Tangga Yang Bahagia!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,712 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen