Nanti Dah Kahwin, Suami Jangan Biarkan Isteri Rasa 5 Perasaan Ini, Walaupun Dengan Alasan Mencari Rezeki.

 

Sudah menjadi tanggung jawab seorang suami untuk mencari rezeki mahupun nafkah untuk si isteri dan juga anak-anak. Kadang-kala dengan secara tidak sedar, si suami akan menggunakan alasan dengan sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk meluangka masa di rumah bersama.

Alasan seperti sering berjumpa dengan client, ada meeting dengan boss sehingga lewat malam, hari minggu out station pula. Maka, situasi sebegini sudah tentu sedikit sebanyak mengganggu mood si isteri.

Oleh Yang Demikian, Para Suami Jangan Biarkan Isteri Anda Rasa 5 Perasaan Ini Ketika Anda Keluar Mencari Rezeki…

1. Rasa Tak Selamat.

Ketika keluarnya si suami dari rumah untuk mencari rezeki atau ke mana sahaja, naluri si isteri ini memang sangat kuat. Naluri mak-mak, bak kata orang. Setiap hari si isteri akan rasa risau dan tertekan kerana risau dengan keadaan suaminya apabila berada di luar rumah.

Sudah sedia maklum, orang perempuan ni emosinya kuat dan mudah terganggu, jadi anda sebagai suami perlu jauhkan isteri dari perasaan sebegini. Jangan buat dia tertanya-tanya sehingga membuat andaian yang buruk mengenai anda.

2. Rasa Tak Di Hargai.

Dalam rumah tangga, perkara yang paling penting untuk suami isteri adalah untuk rasa dihargai. Ye, si suami sibuk untuk mencari rezeki, keluar daripada pagi sehingga malam. Kerja lebih berganda daripada si isteri. Tetapi jangan lupa pada isteri yang mencari rezeki juga.

Jangan lupa isteri yang menjaga anak-anak.

Jangan lupa isteri juga yang menguruskan rumah tangga.

Jadi, ucapkan terima kasih apa jua yang isteri lakukan.

Perkara yang nampak remeh, tetapi memang sukar untuk dilakukan. Ucapkan sahaja ‘Terima Kasih’, pasti isteri akan rasa dihargai.

3. Rasa Tak Di Fahami.

Majoriti lelaki pada masa kini memang sukar untuk mendengar luahan hati si isteri. Hanya menganggap ia hal remeh dan tidak penting. Jadi, hanya mendiamkan diri adalah jalan yang terbaik bagi lelaki. Jangan buat begini pada isteri kerana mereka amat memerlukan sahabat baik yang boleh menjadi pendengar setia.

Kalau anda sendiri buat tak tahu, isteri akan rasa diabaikan dan tak difahami. Sebab itu ramai sahaja dikalangan isteri lebih suka meluahkan perasaan di sosial media dan juga sahabat baiknya. Semua yang berlaku ada sebab. Hati-hati!

4. Rasa Sunyi.

Apabila terlalu kerap balik lewat malam, hari minggu pun asyik hilang kerana fokus pada kerjaya, lama-lama isteri akan berasa sangat sunyi. Bukan suami sahaja yang perlukan belaian, isteri pun perlukan belaian kasih sayang dari suaminya. Jangan biarkan salah seorang bersendirian terlalu lama tanpa belaian, takut nanti dihasut syaitan.

Rasa sunyi yang tertanam dalam diri, akan menjadi racun jika dibiarkan.

5. Rasa Menyesal.

Dan yang paling penting adalah, jangan biarkan isteri anda berasa menyesal kerana mengahwini anda. Ini lagi parah kerana sudah menunjukkan hatinya mulai menjadi tawar.

Hati-Hati Bila Jadi Suami!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,979 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen