Perasaan Hasad Dengki Akan Timbul Bila Rasa Tidak Senang Melihat Kebahagiaan Orang Lain.

 

Dengan perasaan hasad dengki ini, seseorang boleh memusnahkan orang lain dan juga memusnahkan dirinya sendiri. Hasad dengki ini bermula dari pandangan mata yang tidak senang melihat kesenangan orang lain.

Hasad dengki ini mampu melenyapkan pahala dan kebaikan kita serta akan mendatangkan murka dari Allah swt.

Sifat hasad dengki tidak sepatutnya dimiliki oleh manusia tetapi iblis dan syaitan yang sepatutnya ada sifat hasad dengki ini. Bahaya jika ada yang memiliki sifat tersebut kerana segala pahala kebaikan semuanya akan habis musnah kerana hasad dengki.



Punca hasad dengki:

• Punca hasad dengki bermula dari mata, melihat kemudian lahir perasaan tidak senang melihat orang lain senang.

• Maka muncul harapan agar hilang kesenangan orang yang mendapat kesenangan - kedengkian yang luar biasa.

• Dan apabila orang yang didengki itu mendapat kesusahan atau kecelakaan beliau akan rasa puas hati dan senang melihat orang lain susah.

CIRI-CIRI:

Menurut Ustaz Drs Ahmad Dahri, ciri-ciri orang hasad dengki termasuklah mereka yang selalu ingin tahu apa yang kita kerjakan.

"Contohnya, apabila jarang bertemu, tetapi bila berjumpa banyak pertanyaan itu dan ini. Hal tersebut adalah maklumat penting bagi mereka kerana itulah bentuk kekhuatiran mereka.

"Mereka takut kalau-kalau kita berhasil dan lebih hebat daripada mereka dan mereka ini seperti musuh dalam selimut," kata Ustaz.

Kedua, mereka selalu menyindir apa pun kegiatan yang kita lakukan seperti simpulan bahasa 'pukul anak sindir menantu'.

Ketiga, seperti yang dibincangkan sebelum ini iaitu mereka yang tidak senang melihat orang senang.

Ciri seterusnya adalah mereka yang tidak mahu mengakui keberhasilan yang kita lakukan.

Mereka tidak mahu mengalah dan ingin menang sahaja dan tiada perasaan rendah diri.

Terdapat juga ciri di mana mereka mengungkit hal yang dahulu dengan selalu menyebut tentang kegagalan dan kesusahan yang pernah kita lalui.



Akibat dari hasad dengki:

1. Merosakkan ibadat
Hasad dengki menghabiskan pahala. Orang yang hasad dengki, ibadahnya tidak diterima Allah swt. Tuhan tidak menerima doa dari hati yang lalai.

2. Merosakkan hubungan sesama sendiri
Tidak akan masuk syurga seseorang itu sebab memutuskan hubungan silaturahim.

3. Menyebabkan Allah swt tarik rezeki
Menyebabkan perasaan terganggu. Kerana orang yang hasad dengki ini berfikir hal orang lain, lantas fikirannya tidak tenteram hingga ada yang tidak lena tidur.

4. Akan menimbulkan penyakit tekanan
Oleh itu, nasihat Ustaz, untuk menghindari sifat hasad dengki ini jagalah mata.

Seperti yang disebut di Al-Quran Surah Al-Isra', ayat 36, bahawa setiap pendengaran, penglihatan dan hati setiap orang kelak di akhirat akan diminta dipertanggungjawabkan.

Ustaz menyatakan, Nabi saw pernah berkata kalau kita lihat kawan kita senang, doakanlah hidayahnya berterusan.
Seseorang Islam itu bagai satu tubuh yang satu kalau senang sama-sama senang.

Tidakkah berbangga kalau orang sebangsa kita berjaya?

Di dalam surah An-Nisa ayat 32 turut mengingatkan yang bermaksud agar kita tidak bercita-cita buruk dan berharap-harap supaya apa yang ada pada orang lain musnah.

Malah, Nabi saw pernah bersabda dan mengingatkan agar kita tidak selalu hasad-menghasad memutuskan silaturahim, benci-membenci atau membuang muka sesama sendiri.

Sifat mazmumah perlu dijauhkan dan mohonlah kepada Allah swt untuk kebaikan dunia dan akirat.

Hasad dengki selalunya berkaitan dengan masalah dunia. Cemburu kepada kejayaan. Cemburu kepada kecantikan.



Padahal, kata ustaz, tidak satu pun dijadikan tidak cantik pada Allah swt.

Setiap sesuatu ada kelebihan tetapi kita ada rasa kurang puas.

Kenapa tidak puas? Kerana kita hidup berdasarkan perasaan.

Lantas, membawa kepada cemburu.

Ustaz turut menjelaskan kekayaan itu tidak semestinya dengan usaha besar kerana janji Allah swt barang siapa yang benar bertakwa dengan-Nya akan diberi rezeki sebesar-besarnya.

Contohnya, ada duit sedikit seseorang itu infak ke jalan Allah, bersedekah maka Allah berkati hartanya.

Dengan itu, hasad dengki adalah penyakit yang harus dibuang kerana ia merugikan akhirat seseorang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen