“Sebenarnya Sebarang Penyakit Yang Kita Alami, Adalah Berpunca Dari Rohani Kita..”

 

Apabila kita jatuh sakit, perkara pertama yang kita akan dapatkan adalah ubat-ubatan. Secara saintifiknya, memang benar ubat-ubat ini dapat menyembuhkan segala penyakit, namun ia juga adalah dengan ketentuan Allah SWT. Ini kerana mempunyai tubuh badan yang sihat adalah rezeki dari Allah, penyakit juga diberi oleh Allah SWT.

Ia adalah ujian untuk menentukan rohani kita seperti dengan perkongsian ini…

********

Image may contain: food

Hubungan Di Antara Penyakit Rohani Dan Jasmani.

Seorang Profesor Muslim di Jepun telah melakukan penyelidikan luar biasa (tidak disebutkan bagaimana cara penyelidikan dilakukan). Hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakkan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani.

1. Ternyata bahawa masalah appendix bukan hanya diakibatkan oleh kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress atau jiwa tertekan yang tidak terkawal.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan masin, tetapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi setiap hari.

3. Cholesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tetapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan bertimbunnya lemak.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuatkan kerja paru-paru jadi tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang menganggu fungsi pancreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tetapi sifat su’udzon (buruk sangka) kepada orang lain yang menyebabkan fungsi organ hati jadi rosak.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tetapi ia turut terjadi kerana jarangnya bersedekah membuatkan jantung kurang merasakan ketenangan sehingga degupannya jadi tidak stabil.

Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah;

  • Spiritual 50%
  • Psychology 25%
  • Social 15%
  • Physical 10%

Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud;

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah.” (As Syuura ayat 30-31)

***********************************************

Benar, berdasarkan pengalaman mengendalikan usrah UBATI selama lebih kurang lapan (8) tahun didapati kebanyakkan penyakit/masalah (fizikal) yang dihidapi oleh setiap individu mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengaruh ruhiyyah (spiritual).

Oleh itu perbanyakkan bertaubat memohon keampunan kepada Allah Taala. Perbaiki hubungan, ikatan dan pergantungan dengan Allah serta terus menerus berdoa (tanpa putus harap/tanpa henti) agar diberikan hidayah dan petunjuk. Mudah-mudahan dengan hidayah dan petunjuk kurniaan Allah Taala itu akan mampu membuka tiap simpulan yang terhijab dengan sendirinya.

Tidak ada daya dan kekuatan untuk aku sembuh/pulih/merawat penyakit/masalah ini kecuali dengan bantuan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah” Zikir yang dilafazkan secara terus menerus sebagai satu proses penyerahan diri secara mutlak kepada Allah.

Sesungguhnya ya Allah akulah yang menjadi punca sakitnya tubuh badanku ini/timbulnya masalah dalam hidupku ini” Pengakuan kepada Allah bahawa aku hamba yang berdosa/berbuat salah. Mengaku dahulu kekhilafan kita disertai permohonan dengan bersungguh-sungguh keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah agar dikeluarkan daripada musibah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,718 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen