“Pasangan Yang Baik Dan Praktis Agama Akan Memudahkan Jalan Kita Ke Syurga.”

 

Jodoh itu adalah cerminan diri sendiri, tetapi sejauh mana kebenaran kata-kata ini? Adakah ia sekadar hanya untuk menyedapkan hati-hati mereka-mereka yang mencari pasangan sahaja? Ataupun sebenarnya bagaimana?

Kadang kala kita tak tahu pun pasangan kita itu rupanya bertentangan dengan kita. Selepas berkahwin, selepas bertahun-tahun baru kita tahu bahawa pasangan kita itu bertentangan dengan kita.

Setiap orang yang berkahwin ini, sudah tentu ingin lebih memperbaiki diri malah mendekatkan diri dengan Allah. Macam mana kalau selepas kahwin, isteri-isteri ini tidak dibimbang malah masih sibuk mengejar perkara yang tidak sepatutnya.

Kesian isteri-isteri itu. Macam kisah yang dikongsikan oleh Intan Dzulkefli ini, berkenaan sifat yang kontra antara suami isteri.



Bila mendengar mahupun membaca kisah wanita baik-baik yang ditinggalkan dan dizalimi kerana suami curang dengan wanita lain, yang sifatnya amat kontra dengan bekas isteri tadi, hati ini sakit juga rasanya.

Wahai lelaki, di tanganmu sudah menggenggam permata, tetapi kerana nafsu, kau tegar lepaskannya demi kaca yang tidak berharga.

Ya memang benar, engkau boleh cuba mendidik mereka jadi solehah. Tetapi perlukah sampai menzalimi isterimu-amanahmu yang sedia ada?

Tak mampu berpoligami? Lalu mengapa tidak menundukkan padangan dan terjebak dengan ikhtilat?

Kadang naik gambar selebriti atau instafamous dengan gambar cantik bermekap, posing begitu begini hingga aurat terlihat, ternampak komen suami-suami orang 'love', komen memuji, komen melucah. Jujur, saya pula yang rasa sakit hati dan malu sebab fikirkan isteri mereka.

Isteri mungkin tak tahu kerana sibuk dengan urusan kerjaya dan rumahtangga. Namun, suami pula sibuk hal lagho, hal dosa.



Bayangkan jika isteri nampak, baca. Tidakkah remuk hati mereka?

Namun, saya mengerti, saya adalah perempuan yang takkan benar-benar faham battle orang lelaki yang amat lemah apabila berdepan godaan dan kecantikan wanita.

Sedangkan Nabi Yusuf pun berdoa meminta perlindungan Allah ketika digoda Imraatul Aziz, inikan pula lelaki yang lemah iman dan jahil kefahaman agama seperti kebanyakan lelaki hari ini.

Walau hakikatnya mungkin yang nampak gebu, cantik dan sempurna di media sosial itu semua palsu menggunakan effect filter semata. Dihiaskan pula oleh syaitan supaya yang halal di rumah rasa jelik dan menjemukan. Awaslah wahai suami!

Maka apabila lelaki-lelaki ini memilih kaca berbanding permata, mungkin juga sebenarnya mereka telah pergi ke arah level mereka yang sepatutnya. Bukan level mereka untuk berdiri dengan wanita yang solehah, tidak! lelaki seperti mereka tidak layak untuk permata-permata ini.

Pasangan yang baik dan praktis agama akan memudahkan jalan kita ke syurga, ini kata orang 'alim.

Orang terbaik untuk menjadi madrasah yang mendidik anak-anak kerana akhlak dan ilmu mereka sudah ada. Malu mereka berharga. Akhlak mereka mahal.

Sebagaimana orang lelaki bermujahadah menundukkan pandangan dari godaan dan kecantikan wanita, ketahuilah wanita juga bermujahadah untuk memelihara maruah dan aurat mereka, tidak menggunakan kecantikan mereka untuk membangkitkan syahwat lelaki ajnabi melainkan hanya untuk suami mereka.



Namun, ada lelaki yang jahil, tak nampak semua ini.

Fikir mereka makin orang puji kecantikan isteri mereka, makin ramai lelaki pandang dan like aurat dan kecantikan isteri mereka, mereka berada di level yang grand, walhal mereka adalah dayus.

Untuk lelaki yang mensiakan isteri mereka yang solehah semata-mata untuk mengejar wanita yang memenuhi imaginasi nafsumu, ketahuilah, isteri kamu tidak terhina, tetapi kamulah yang hina sebenarnya.

Kerana hanya lelaki yang mulia sahaja yang mampu memuliakan wanita yang telah diamanahkan kepada mereka.

Sekadar luahan sebagai seorang wanita-isteri yang memerhati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,458 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen