Antara Tanda Anda Seorang Wanita Yang Matang Ketika Bercinta.

 

Apabila kita sedang hangat bercinta, secara tidak sedar sebenarnya sikap kita berubah mengikut keadaan. Terutamanya bagi kaum wanita. Ada sebahagian wanita mula menjadi kebudak-budakan, terlalu manja dan terlalu bergantung harap dengan pasangan.

Pendek kata clingy.

Tak salah nak clingy dengan pasangan, namun setiap tingkah laku juga perlulah matang supaya pecintaan tersebut bukan untuk keseronokan semata-mata tetapi perlulah diakhiri dengan niat ke jinjang pelamin.

Setiap tindakan perlulah matang, supaya disenangi dengan orang sekeliling selain daripada pasangan sendiri.

Jadi, Jom Lihat Sekiranya Anda Adalah Salah Seorang Yang Mempunyai Tanda Bercinta Dengan Matang…

1. Anda tidak merosakkan persahabatan/tidak buang kawan-kawan.

Perasan atau tidak, kebiasaannya kaum wanita yang mempunyai kekasih pasti akan mula berjauhan dengan sahabat handainya. Berkemungkinan besar mereka tidak sedar, namun sedikit sebanyak ia akan dirasai oleh orang disekelilingnya. Lama-kelamaan, sahabat yang dulunya rapat, menjadi renggang hanya kerana kekasih.

2. Anda tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih.

Zaman sekarang, sebenarnya agak sukar untuk kita melihat anak gadis mudah untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Sama ada mereka terlupa, atau tidak dididik oleh ibu bapa untuk mengucapkan ungkapan tersebut. Tetapi wanita yang matang, akan sentiasa berterima kasih dengan pasangannya.

3. Anda tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Memiliki duit yang banyak bukan tiket untuk anda menggunakannya dengan sambil lewa. Anda tidak memboros semata-mata mahu mengikut trend semasa. Anda juga tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya untuk shopping setiap kali ada ‘Sales’.

4. Anda tidak banyak berdrama.

Wanita yang matang adalah wanita yang bijak mengawal emosi mereka. Mereka tidak terlalu mengikut emosi, malah tahu untuk menggunakan emosinya pada waktu dan masa yang sesuai. Kalau merajuk pun tidak lah terlalu lama.

5. Anda menghormati pasangan seadanya.

Ketika bercinta, menghormati pasangan adalah aspek yang paling penting supaya hubungan itu berkekalan sehingga selamanya walaupun sudah ke jinjang pelamin. Menghormati pasangan bukan semata-mata hanya kerana usia yang lebih tua, akan tetapi menghormati privasinya, keperluannya, minatnya dan seumpama dengannya.

6. Anda tidak kerap berkongsi berkenaan tentang hubungan di sosial media.

Ini juga adalah salah satu tanda  anda seorang wanita yang matang. Mempunyai pasangan bukan satu kebebasan pada anda untukberkongsi apa jua yang anda lakukan bersama si dia. Anda rasa seperti tiada motif untuk kerap berkongsi tentang hal si dia, kerana itu bukan misi dalam hidup anda.

7. Anda tidak putus asa dengan matlamat sendiri.

Ketika bercinta juga, ia bukanlah satu halangan untuk anda tidak mengejar cita-cita sendiri. Sekiranya benar pasangan cinta dan sayang akan anda, pasti akan meneriman kerjaya anda seadanya.

8. Anda sukar untuk menyerah diri.

Wanita yang memiliki fikiran yang matang, tidak mudah akan menyerah diri pada lelaki yang tidak pasti masa hadapannya. Tidak mahu mengambil risiko kerana ia juga salah disisi agama.

9. Anda tidak berputus asa untuk mendapatkan ruang sendiri.

Sekiranya berlaku pergaduhan dengan pasangan, anda tidak sia-siakan masa dengan hanya menangis setiap malam. Buat apa untuk sakiti hati sendiri, padahal pasangan belum tentu akan memujuk anda.

10. Makna cinta adalah besar bagi anda.

Anda juga adalah seorang wanita yang matang apabila tidak mudah mengungkapkan cinta setiap masa. Malah, tidak mudah mengungkapkan cinta pada lelaki yang belum tentu akan jadi milik anda.

Sekiranya, anda memiliki semua tanda-tanda di atas, berkemungkinan anda sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen