Pasangan Yang Sedang Bahagia Pun Boleh Tiba-Tiba Berpisah Sebab 7 Hal Ini.

 

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujang ditengah hari.

Begitu jugalah hubungan, siapa sangka hubungan yang begitu serasi dan penuh dengan kegembiraan akhirnya berakhir dengan satu tangisan perpisahan. Tidak semua hubungan cinta itu akan berakhir dengan kebahagiaan.

Cinta itu tidak semestinya memiliki.

Tapi itulah, mengapa hubungan yang dilihat dan dirasai lebih bahagia itu tiba-tiba sahaja putus dan berpisah. Bagaikan tidak terjangka malah tidak tahu sebab yang jelas.

Korang pun mesti ada yang pernah kena macam ini kan? Tengah-tengah bahagia tiba-tiba pasangan nak berpisah pula.



Mesti nak tahu sebab-sebabnya kan?

1. Jarak jauh.

Macam biasalah bila dahulunya dekat kini nak jumpa pun susah memanglah akan menguji hubungan korang. Lagi-lagi bila lama tak jumpa dan hanya memendam rindu je, mestilah perasaan akan hilang. Besar kemungkinan rindu itu telah digantikan dengan rindu yang lebih dekat.

Jarak jauh ini memang menjadi punca perpisahan yang paling ketara sekali walau sebahagia mana pun hubungan korang.



2. Belum betul-betul kenal hati budi.

Selalunya terlalu risau kalau si dia itu dirampas orang, maka keputusan terburu-buru pun diambil tanpa kenal dulu hati budi serta keluarganya. Kadang-kafang kita cuma sukakan luarannya saja, dalamannya belum tentu.

Jadi bila dah kenal makin dalam, eh tak serasi pula. Itu yang berlakunya perpisahan. Slow-slow okay kalau cari pasangan ni.

3. Cemburu sangat.

Rasa cemburu ini memang la perlu ada dalam hubungan, orang kata cemburu itu tanda sayang. Tetapi janganlah terlampau cemburu itu merimaskan. Kalau semua benda nak cemburu dan dikawal ketat sampai nak tahu setiap perbuatan dekat media sosial ini payah jugak.

Kongkongan yang teruka dan kekat sangat ni kadang kala boleh buat hubungan jadi toksik.

4. High maintenance.

Masa awal-awal bolehlah nak tanggung semua benda, tapi kalau lama-lama rasa sakit oii. Kalau sayang memang la sanggup je belikan apa yang dia nak, tapi kenapa kita nak habiskan duit dengan orang yang belum tentu menjadi pasangan yang sah buat kita.

Membazir!



5. Ego.

Rasanya kalau bab ego ini memang tak boleh nak kata apa lah. Kalau betul sayangkan pasangan dan hubungan maka kedua-duanya kenalah ketepikan ego tu. Tapi kalau tetap nak dengan keras kepala masing-masing memang susah la hubungan nak berjaya.

6. Dah penat selamatkan hubungan.

Bukan tak nak selamatkan hubungan tapi kalau sebelah pihak sahaja yang beria-ria selamatkan hubungan tak guna juga. Kesudahanya hubungan tu tak mampu diselamatkan juga. Mana tidaknya seorang je yang bertahan memang tak lah hubungan itu nak bertahan.

Kalau tiba-tiba pasangan yang serasi dan bahagia itu berpisah mungkin inilah sebabnya. Dari luar memanglah kita nampak bahagia, tetapi dekat dalamnya banyak konflik tak tahu juga kan?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen