Jangan Tak Percaya, Amalkan Sebiji Epal Hijau Setiap Hari Bantu Turunkan Berat Badan.

 

Buah-buahan adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati. Buah-buahan sememangnya bagus untuk tubuh badan kita. Rasa tidak lengkap seharian kalau kita tidak mengambil sedikit buah-buahan.

Buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal. Bahkan berapa ramai pula yang tahu akan kebaikan serta kelebihan epal hijau yang merupakan salah satu buah yang kaya dengan pelbagai vitamin.

Nak tahu apa lebihnya epal hijau berbanding buah lain? Jom ikuti perkongsian daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad.



Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.

Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.



Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.

Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :

1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.

3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.

4. Mengekalkan berat badan.

5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.

6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.

Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan yang baik, cuma harganya agak mahal sedikit berbanding dengan buah-buahan tempatan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,497 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen