Prof Dr Muhaya Pesan, Kalau Nak Cari Pasangan Utamakan 5 Perkara Ini Dulu.

 

Bila kena tipu dengan orang yang kita sayang ini sememangnya sangat melukakan hati. Mana tidaknya, kita telah berikan hati dan perasaan kita kepadanya malah kepercayaan juga turut kita berikan.

Nak-nak lagi kalau kita telah hiodup bertahun-tahun dengan dirinya. Berapa lama kita dengan seseorang itu belum tentu ia menjamin bahawa kita ini tidak akan ditipu.

Sebab itu orang kata jangan percaya sangat dekat seseorang itu, kalau boleh letakkan 1% ketidakpercayaan, barulah bila terluka mudah untuk bangkit. Jodoh dan pertemuan itu adalah rahsia yang ditentukan oleh Allah, siapa kita untuk menolak atau mengelak.



Kalau korang ingin benar-benar mencari pasangan yang mahu bersama sehingga akhir hayat, ini adalah antara yang dipesan oleh Prof Dr Muhaya dalam mencari calon pasangan yang tepat.

Bagi mereka yang sudah menemui bakal calon, lihat dahulu agamanya dan fikirkan adakah hubungan yang terbina ini untuk Allah dan akhirat atau sebaliknya.



1. “Jangan bazirkan masa, emosi, wang dan kehidupan dengan aktiviti sia-sia tanpa terus pada tujuan perkahwinan dan membina diri ke arah menjdai ibu bapa mithali.”

Orang yang tidak mempunyai perancangan jangka masa panjang ini sudah tentu tidak bersedia untuk berkahwin. Jadi buat apa untuk terus bersama. Kalau korang desak si dia untuk berkahwin secepatnya tentu dia angkat kaki.

Tapi kalau dia mempunyai perancang nak berkahwin dengan anda cuma keadaan belum mengizinkan mungkin boleh anda pertimbangkan dulu.

2. “Kepada kaum Adam, pilihlah seseorang yang akan menjadi ibu bakal anak-anak kita iaitu guru pertama anak kita.”

Kasih sayang seorang ibu ini sememangnya tidak ternilai. Jadi semasa korang nak pilih pasangan, cuba tengok boleh ke dia menjadi ibu yang baik untuk anak-anak korang kelak.

3. “Jangan menyesal kerana tersilap pilih semata-mata nafsu saja. Kecantikan akan hilang tetapi akhlak kekal.”

Lelaki dan perempuan mempunyai yang tersendiri, jadi jangan kita mendekati seseorang itu kerana rupa paras, harta benda, pangkat ataupun ciri fizikalnya. Semua ini akan hilang bila sampai waktunya tetapi hati dan sikap yang baik akan berkekalan selamanya.



4. “Gambaran cara wanita itu dibesarkan adalah cerminan keluarga beliau.”

Pernah dengar tak seseorang menyebut “lihat cara lelaki melayani ibunya. Itulah cara dia akan melayani isterinya kela” ataupun “lihat cara perempuan itu berkata-kata. Itulah perkarataan yang akan dikatakan kepada bakal anak-anaknya kelak.”

5. “Pilih keluarga yang kita nak jadikan sebagai keluarga kita. Baru tidak berlaku masalah mertua dan menantu.”

Cinta antara korang berdua sahaja tidak mencukupi. Anda perlu tahu kita bukan sahaja akan mengahwini pasangan kita sahaja tetapi kita juga akan berkahwin dengan seluruh ahli kelurganya. Maka pastikan anda mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga barulah hubungan yang dibina itu lebih mudah untuk mendapat bahagia.

Pasangan yang kita pilih nanti bukan nak hidup sehari dua sahaja dengan kita tetapi akan hidup sepanjang hayat selagi bernyawa. Pilih yang elok dan jangan terburu-buru.
 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,203 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen