Rupanya Selepas Suami Meninggal, Tugas Mencari Nafkah Jatuh Kepada Keluarga Sebelah Suami.

 

Setiap mereka yang berkahwin sudah tentukah inginkan kebahagiaan yang berkekalan hingga akhir hayat. Tiada seorang pun yang mahukan perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan, tidak kiralah berpisah hidup ataupun mati.

Tapi apa kan daya, kita ini hanya manusia yang mampu merancang tetapi Allah adalah penentu segalanya.

Siapa sangka suami yang dikasihi sepenuh hati itu pergi dahulu sebelum kita secara tiba-tiba. Sudah tentulah rasa kecewa sedih dan buntu. Itu belum lagi anak-anak yang masih perlukan pelindungan dari bapa mereka. Begitu juga diri kita yang sememangnya hanya berlindung di bawah suami ketika masih hidup.

Bagi wanita yang bekerja, sekurang-kurangnya masih mampu mencari rezeki untuk anak-anak. Tetapi bagaimana jika anda seorang suri rumah tangga sepenuh masa?



Siapa yang harus memberi nafkah, dan menjadi tempat pelindungan selepas suami telah pergi?

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil berkongsi pandangan mengenai isu ini.

Katanya, apabila suami meninggal dunia, tugas mencari nafkah jatuh kepada keluarga sebelah suami, iaitu datuk, adik-beradik bapa dan seterusnya, bukan tanggungjawab sebelah isteri.

Bagaimanapun, jika tiada ahli keluarga daripada keturunan suami yang masih hidup, maka tanggungjawab itu jatuh kepada keluarga sebelah isteri.

Hal ini membawa maksud, wali ibunya juga bertanggungjawab memberikan kelengkapan hidup kepada anak-anak yatim itu.

Berdasarkan hukum faraid, isteri akan mendapat bahagian paling sedikit kecuali jika suami sudah menetapkan bahagian harta menerusi wasiat mahupun hibah.

Sesungguhnya, hukum termasuk pembahagian harta dan nafkah sudah ditetapkan dalam undang-undang syariah seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Bagi wanita di luar sana, jangan takut untuk mempertahankan hak anda!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,493 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen