Orang Lelaki Jangan Malas Nak Jaga Penampilan, Nak Pasangan Cantik Anda Kena Lah Kemas.

 

Orang lelaki suka kan kalau tengok perempuan ini cantik, kemas dan pandai bergaya. Orang kata sedap mata memandang wanita-wanita seperti ini. Kalau jadi bakal bini atau isteri nanti tak lah malu sangat nak bawa jumpa kawan-kawan dengan keluarga.

Eh, tapi orang perempuan je ke yang kena jaga penampilan dan rupa ini? Orang lelaki tak payah ke?

Kalau orang lelaki suka yang cantik-cantik, orang perempuan pula suka yang kemas-kemas. Nanti tak ada lah kena reject sebab tak kemas atau tak handsome.



Korang tu bukan tak ada rupa tapi tak pandai jaga penampilan je. Orang yang kemas dan pandai jaga penampilan ini kalau tak ada rupa pun boleh sedap mata memandang.

Jangan takut nak jaga penampilan sebab takut digelar pondan, sedangkan lelaki yang menjaga penampilan ini dipanggil sebagai metroseksual. Bukan geng kunyit, bawang atau halia!

Nak jaga penampilan orang lelaki ini mudah sahaja, 3 step yang dikongsikan oleh Ariff Ismail ini memang boleh ditiru dan diikut mana-mana lelaki, asalkan tak malas dan berani lakukan perubahan, cehhh!



1. Set penjagaan kulit muka

Tolong lah stop guna sabun mandi cuci muka kita abang abang sekalian. Guna lah pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita, jangan main bedal je. Kulit kita ni macam macam jenis, ada jenis berminyak, ada yang kulit kering dan ada juga yang berjerawat/jeragat.

Senang je, tak tahu nak beli? P ja tanya budak budak staf guardian atau watson . Mesti depa akan bantu kita pilih yang terbaik. Suh p beli SK-II kang ada yang pengsan tengok harga.

Nak jaga kulit muka ni, tak perlu produk mahal, yang penting sesuai dengan kulit muka. Dah cuci muka tu, pakai lah sekali pelembab kulit baru la flawless muka kita brother. Tak da la nampak kusam macam kulit kayu.

Seminggu sekali guna scrub untuk buang kulit mati dan pakai mask untuk lembabkan kulit dan bagi kulit lebih oksigen. Baru lah berseri muka bak Ariel Zafril.



2. Pewangi

Muka dah lawa, tak kan nak biar badan bau hangit. Boleh potong stim brother, awek lalu sebelah tahan nafas sebab bau mashem. Pilih lah minyak wangi yang sesuai dengan kita brother. Sudah sudah lah pakai minyak attar Masjid India nak bagi badan wangi.

Deodorant pon penting kena pakai, kejap lagi ada pulak yang pengsan bila kita angkat ketiak brother. Tak suka guna deodorant boleh je guna body spray. Asal kan dapat membantu mewangikan diri.

Nak pilih minyak wangi ni pon penting, ada banyak jenis brother. Ada yang bau jantan, ada yang sporty ada yang bau manis. Kalau badan kita jenis mudah berpeluh guna yang sporty atau bau jantan. Baru bergetar para gadis bila kita lalu sebelah.

3. Dandanan rambut

Rambut ni nampak mudah, tapi ni la part yang menampakan dan menaikan aura kehenseman anda. Kalau dah jenis botak tu jgn ingat tak yah jaga, kena jaga gak. Pastikan cukur kepala anda agar nampak bersinar seperti matahari diwaktu pagi. Pastikan kulit kepala abam botak tidak kering atau terlalu berminyak.

Yang jenis rambut berombak/ikal mayang atau beralun. Jadikan pengering rambut sahabat sejati anda. Setiap kali lepas mandi keringkan guna hairdryer. Baru rambut nampak terurus.

Guna wax atau pomade untuk rambut sentiasa kemas dan rapi. Jangan guna tancho atau minyak zam zam pulak brother. Ada minyak tu cair turun ke muka. Untuk jenis rambut yang degil ni, kita guna hair spray. Tak mahal pon, bawah dari RM 20 boleh dapat dah.

Kalau nak simpan rambut panjang pastikan rambut di jaga rapi. Jangan biarkan rambut kusut masai, ada yang tak boleh beza rambut kita dengan rambut kak limah. Cuci dan keringkan untuk mengelakan rambut panjang tu berbau kepam.

Macam saya, setiap 2 atau 3 minggu saya akan gunting rambut. Sebab rambut saya jenis kembang setaman kalau di biar panjang. Rambut atas kena jaga begitu juga rambut bawah ye brother semua. Jangan nak simpan buat tocang pulak. Pastikan rambut " adik " terjaga rapi. Barulah kemas diluar begitu juga didalam.



Seelok eloknya cukur bulu ketiak kita setiap minggu. Baru lah nampak macho. Ni salah satu punca bau badan gak jika di biar panjang. Misai dan janggut juga harus di kemaskan. Tak salah nak simpan tapi pastikan terurus dan kemas.

Mudahkan nak nampak hensem, jaga 3 perkara ni dulu. Ini adalah asas kemaskulinan seorang lelaki. Nanti saya sambung lagi soal pemakaiaan dan penampilan.

Bukan susah nak nampak kacak, rajin atau malas je. Baru nanti bini/girlfriend akan lebih sayang kita dan berdandan lebih menarik lagi untuk kita pulak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen