Rasa Cinta Sahaja Tidak Cukup Untuk Pertahankan Hubungan, Tapi Perlukan Sedikit Usaha.

 

Ramai diantara kita yang menyangka bahawa rasa cinta dalam setiap pasangan itu merupakan salah satu perkara yang boleh memberi kebahagiaan. Malah rasa cinta itu penting buat seseorang yang ingin terus bersama dalam sebuah perkahwinan.

Setiap orang pasti akan memilih pasangan yang dicintainya untuk berkahwin. Ini kerana, ia lebih mudah untuk mencapai kebahagiaan malah lebih mudah untuk menguruskan perkahwinan kelak.

Pasangan yang saling mencintai pasti akan berakhir dengan perkahwinan akan tetapi bukan rasa cinta sahaja yang boleh membina sebuah kebahagiaan.



Sedarkah anda bahawa rasa cinta itu sahaja tidak mencukupi untuk membuat sepasang suami isteri itu bertahan sehingga ke akhir hayat?

Selain kasih sayang dan perasaan cinta, terdapat aspek lain yang perlu dititik beratkan dan diperhatikan untuk memiliki sebuah rumah tangga yang bahagia.

1. Restu ibu bapa.

Mungkin ada yang tidak bersetuju bahawa restu ibu bapa ini penting untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan dalam rumahtangga. Restu ibu bapa ini sememangnya bukan penentu kebahagiaan rumah tangga kalian akan tetapi ia adalah satu permulaan hubungan yang kuat.

Ini kerana perkahwinan juga melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Ia termasuklah ibu bapa dan saudara mara.
Dalam hal ini, jika perhubungan yang dibina tidak mempunyai asas dan sokongan yang kuat, maka banyak dugaan mendatang.



2. Komitmen dalam hubungan.

Apabila dalam perhubungan, komitmen ini adalah perkara yang penting di mana, anda tahu tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri serta tidak hanya mementingkan diri sendiri sahaja dalam perkahwinan tersebut.

Ini kerana, tanpa komitmen yang tinggi anda mungkin tidak akan teragak-agak untuk berlaku curang dengan pasangan, bahkan perhubungan yang dibina akan terlerai di tengah jalan akibat sikap yang tidak matang.

3. Percaya antara satu sama lain.

Kepercayaan ini tersangatlah penting dalam hubungan suami isteri, di mana tiada kepercayaan maka hubungan yang dipenuhi kasih sayang juga akan retak dan renggang. Malah rasa kurang percaya pada pasangan ini juga kelihatan seperti tidak matang dan keanak-anakkan.

Selain itu, sikap cemburu yang melampau akan menimbulkan masalah dalam perhubungan. Ini kerana, meskipun sikap cemburu menandakan perasaan sayang terhadap pasangan, tetapi jika ia berlebihan dan tidak berasas, ia akan menjejaskan perkahwinan kalian berdua!



4. Hormat menghormati.

Walaupun pasangan kita lebih muda atau sebaya, perasaan saling hormat menghormati ini perlu anda. Barulah hubungan itu mampu berkembang dengan baik. Walaupun berbeza pendapat, tetapi anda haruslah menjadi lebih terbuka dalam menerima perkara tersebut.

Jangan terlalu mudah tercabar dengan pasangan kita. Tidak kiralah berkaitan pendapatan atau pangkat yang mereka miliki.

Tahap pemikiran juga menjadi penentu kebahagiaan dalam perhubungan. Jika si dia tidak memahami topik perbualan yang anda ingin bincangkan, sudah tentu situasi ini membosankan anda. Oleh itu, carilah pasangan yang sekufu dengan anda.

Cinta akan menyatukan anda menerusi institusi perkahwinan, tetapi untuk mengekalkannya, anda harus memahami aspek penting yang disenaraikan dan perlu berusaha untuk mempertahankan rumah tangga anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen